Isteri M4ut Ditlkam Suami Nyanyuk Lebih 20 Kali | Seorang lelaki warga Britain yang menghidapi penyakit Alzheimer didakwa menikam isterinya sebanyak lebih 20 kali sehingga mati di apartment mereka di Costa del Sol.

 

Sebelum ini, lelaki berusia 80 tahun itu pernah ditahan tiga kali kerana melakukan penderaan domestik, namun tidak dikenakan pendakwaan atas alasan dia menghidapi penyakit nyanyuk.

Kes pembunuhan itu terbongkar selepas isterinya yang berusia 69 tahun sempat menghubungi talian kecemasan dan memaklumkan suaminya menikam dia sebanyak empat kali sebelum panggilan terputus.

Polis Sepanyol kemudiannya tiba di apartment itu dan menemukan mayat mangsa terbaring di atas lantai dapur dengan lebih 20 kesan tikaman, manakala suaminya yang disyaki melakukan pembunuhan itu terbaring atas katil.

Suspek ditanya beberapa soalan sebelum ditahan dan kini berada di bawah kawalan polis.

Media tempatan melaporkan bahawa mangsa pernah membuat tiga laporan mengenai sikap pendera suaminya, namun hanya berdiam diri selepas laporan dibuat, menyebabkan polis tidak dapat mengambil tindakan lanjut.

Menurut seorang jiran, pasangan suami isteri itu sudah menetap di kediaman tersebut selama lebih 30 tahun.

Seseorang individu yang tidak mendedahkan identitinya menyatakan bahawa polis pernah datang ke rumah itu sebelum ini akibat laporan keganasan domestik, namun ia hanya setakat itu, tiada sebarang tangkapan dibuat.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca juga artikel menarik lain :

Seorang pemimpin radikal Hindu ditembak mati di khalayak ramai di Punjab, utara India.

Polis tempatan menyatakan bahawa ketua kumpulan agama fundamentalis, Sudhir Suri yang berumur 58 tahun dan juga dikenali sebagai Hindu Shiv Sena, ditembak di Amritsar.

Portal The Independent melaporkan, sebelum ini Sudhir Suri pernah dituduh membuat komen yang menghina agama Sikh dan komuniti Sikh.

Arun Pal Singh, seorang pegawai kanan polis memberitahu agensi berita, penyerang tiba di tempat kejadian dan menembaknya mati di khalayak ramai.

Beliau juga mengesahkan pemimpin radikal itu pernah ditembak beberapa kali.

Polis kemudian berkata, seorang pekedai tempatan, Sandeep Singh ditangkap berkaitan dengan tembakan itu.

Gaurav Yadav, Ketua Pengarah Polis Punjab, dipetik sebagai berkata oleh BBC, sesiapa yang berada di belakangnya dan sesiapa yang membuat konspirasi akan didedahkan dan mereka yang berada di belakangnya akan ditangkap.

Laporan tempatan mengatakan, mangsa membuat bantahan di luar premis kuil terhadap pengurusannya, untuk membantah dakwaan mencemarkan dewa Hindu apabila didatangi suspek dan melepaskan sekurang-kurangnya lima das tembakan.

Hanya sejam sebelum serangan ke atasnya, mangsa bertengkar dengan pihak pengurusan kuil Gopal Mandir berhampiran Jalan Majitha kerana didakwa mencemarkan berhala.

Polis kini giat melakukan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

Sementara itu, pihak berkuasa juga meminta penduduk setempat untuk bertenang dan tidak tunduk kepada sebarang desakan umum.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply