Seorang wanita maut, manakala suami dan dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Simpang Kampung Tungkang, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi dengan Elena Kolonjan, 50, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di lokasi.

Suami mangsa, 59, yang memandu kereta berkenaan dan dua anaknya iaitu lelaki dan perempuan masing-masing berusia sembilan dan tujuh cedera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan babitkan Perodua Myvi dan kenderaan jenis Toyota Land Cruiser itu jam 11.27 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dikejarkan ke lokasi.

“Terdapat empat mangsa dalam Perodua Myvi dengan seorang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, manakala tiga lagi cedera termasuk pemandu.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiga mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Lima mangsa dalam Toyota Land Cruiser semuanya berusia antara tujuh hingga 42 tahun dilaporkan selamat,” katanya.

 

Sumber : BH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Suami M4ut & Isteri Cedera, Kereta Rempuh Pokok Dan Papan Tanda

Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok serta papan tanda dalam nahas di di Kilometer 3, Jalan Bahau-Rompin pada Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa, Loke Kok Leong, 55,  beralamat di Kemayan, Pahang, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut sumber, kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Nissan Almera bersama seorang penumpang iaitu isterinya dari arah Rompin menuju ke Kemayan.

“Setiba di tempat kejadian iaitu semasa meneruni kawasan bukit, mangsa dipercayai telah gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke kanan jalan iaitu arah bertentangan dan kemudian telah merempuh sebatang pokok serta melanggar papan tanda.

“Akibat daripada kemalangan itu, pemandu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala, penumpang hadapan iaitu wanita berusia 52 tahun dikejarkan ke hospital susulan mengalami kecederaan patah pada bahagian bahu sebelah kanan,” katanya kelmarin.

Menurutnya, mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook mengesahkan kejadian berkenaan.

Susulan kejadian berkenaan, sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 3.30 petang bagi membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan terbabit nahas.

 

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply