Isteri Maut Tercampak Dari Roller-Coaster

| July 7, 2020 | 0 Comments

Isteri Maut Tercampak Dari Roller-Coaster | Paris: Hasrat sekeluarga menyambut ulang tahun anak mereka di sebuah taman tema di Perancis berakhir tragedi apabila si ibu maut selepas tercampak dari roller-coaster, pada Sabtu.

CNN melaporkan kejadian ketika wanita berusia 32 tahun itu menaiki roller-coaster Formula 1 di Parc Saint-Paul in Oise, kira-kira 80 kilometer di utara Paris.

Suami mangsa dikatakan sempat memegang kaki isterinya namun tidak dapat menarik kembali wanita itu daripada tercampak.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Farida berkata, ketika kejadian, dia menunggu anaknya untuk mendapatkan giliran menaiki roller coaster berkenaan.

Dia terkejut apabila mendengar jeritan mangsa.

“Wanita itu terkeluar dari palang keselamatan… suaminya cuba untuk menyelamatkan isterinya dengan menarik kaki wanita itu namun tidak berjaya,” katanya kepada akhbar tempatan, Courier Picard.

Dalam pada itu, pengurusan taman tema berkenaan dalam satu kenyataan kepada CNN mengesahkan insiden berkenaan.

Katanya, ia berlaku ketika roller-coaster

” itu sedang beroperasi.

“Kawasan taman berkenaan kini ditutup kepada pengunjung dan pekerja taman tema turut berduka dengan kejadian yang menimpa mangsa,” kata kenyataan itu.

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *