Isteri ‘Outstation’, Suami Bawa Kekasih Pulang Ke Rumah | Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan kisah seorang wanita dicurangi suaminya ketika dia berada di luar bandar, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Wanita itu memuat naik rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dalam akaun TikTok @rinayuliaaana, memaparkan suaminya membawa wanita lain ke rumah mereka.

Rina tidak menyangka suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain dan memfitnah dirinya seorang isteri yang tidak baik.

“Pengkhianatan yang tidak pernah saya bayangkan, dikhianati di istana (rumah) saya sendiri. Sehingga hari ini, saya tidak mengakui dan meminta maaf pun. Awak memfitnah saya sebagai isteri jahat untuk menutup segala kesalahan awak,” tulisnya.

Rakaman memaparkan suami Rina keluar dari rumah dan mendekati kereta. Beberapa minit kemudian, seorang wanita muncul dan masuk ke dalam kereta.

“Aku terlihat bodoh kerana tidak kenal engkau yang aku jadikan suami. Saya tidak sedar pernah dikhianati sebelum ini,” katanya.

Pasangan itu sudah berkahwin selama sembilan tahun.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Padahal isteri sudah cantik, lupa dia ada seorang anak perempuan. Bersabarlah dik, semoga rumah tangga kamu sentiasa dalam lindungan Allah,” kata seorang netizen.

Sumber : Kosmo

Baca juga artikel ini :

Suami Dayus Hidup Dengan Hasil Duit Dari Lacurkan Isteri Sendiri | Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan ke atas seorang lelaki atas pertuduhan hidup hasil daripada persundalan isterinya, hujung bulan lalu.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh membuat pengakuan berkenaan sejurus fakta kes dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan seorang wanita berusia 35 tahun di sebuah hotel di Kuala Pilah pada jam 1.30 tengah hari, 30 Oktober lalu.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan, boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan dengan sebatan dan boleh didenda.

Mengikut fakta kes, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Pilah menjalankan Ops Pintas dan menahan tertuduh serta menyelamatkan mangsa di sebuah hotel di Kuala Pilah, jam 1.30 tengah hari, 30 Oktober lalu.

Pemeriksaan menemui barang kes disyaki tertuduh menjadi ejen serta ‘transporter’ dalam mengurus aktiviti pemerdagangan manusia dengan tujuan eksploitasi seks ke atas mangsa sebelum menahan tertuduh.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh telah memaksa dan memperdagangkan mangsa bagi tujuan eksploitasi seks sejak Julai 2022 bagi tujuan menyelesaikan bayaran hutang yang ditanggung tertuduh.

Siasatan mendapati tertuduh mengenakan bayaran sebanyak RM1,000 bagi satu jam terhadap pelanggan yang melanggan mangsa untuk tujuan eksploitasi seks.

Soal siasat mendapati tertuduh yang juga suami yang sah kepada mangsa mengaku telah hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan terhadap mangsa sejak awal Julai lalu sehingga wanita itu diselamatkan.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan paling ringan kerana perlu menanggung isteri, ibu dan keluarga isteri selain mengaku menyesali perbuatannya itu serta mengaku sudah insaf.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abu Hassan.

Sementara itu, di kamar berlainan, Hakim Datin Surita Budin menolak pengakuan bersalah tertuduh yang dibuat pada prosiding sebelum ini apabila tertuduh tidak bersetuju dengan fakta kes.

Menurut lelaki itu, tiada paksaan terhadap isterinya sama ada secara kasar atau sebaliknya dan perbuatan itu dilakukan atas persetujuan bersama untuk mencari wang.

Surita kemudiannya memaklumkan kalimah paksaan adalah sangat penting dalam pendakwaan dan menolak pengakuan bersalah tertuduh sebelum menetapkan tarikh 30 November depan bagi prosiding seterusnya.

Menurut pertuduhan, tertuduh telah memperdagangkan seorang wanita berusia 35 tahun bagi maksud eksploitasi seks pada 30 Oktober 2022, kira-kira jam 1.30 tengah hari dalam satu bilik di sebuah hotel di daerah Kuala Pilah.

Dengan itu, tertuduh melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migram 2007 (Akta 670).

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply