Isteri Rela Jadi Penjamin Suami Yang Ditangkap Khalwat | Hancur hati seorang isteri apabila dimaklumkan oleh jabatan agama bahawa suaminya ditahan kerana ditangkap khalwat bersama seorang wanita lain.

Gambar Hiasan

Pengalaman pahit itu dikongsi oleh seorang pengguna media sosial yang memaklumkan dia terpaksa pergi ke pejabat agama bagi mengikat jamin suaminya itu agar tidak dimasukkan ke lokap.

“Ikat jamin suami di balai, tidak, ikat jamin suami di pejabat agama.

“Allah sahaja yang tahu apa dalam hati apabila dapat tahu orang yang kita percaya khianat kepercayaan kita,” katanya dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik wanita tersebut, jelas terpancar raut wajahnya kecewa serta pandangan matanya dilihat kosong seakan cukup menggambarkan kekesalan dalam hatinya di atas tindakan suami tercinta.

Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna lain sempat bertanya tentang keadaan wanita tersebut dan bagaimana penerimaannya terhadap suami semula sehingga sanggup menjadi penjamin membebaskan lelaki berkenaan.

Jawab wanita itu, hatinya hancur mengenang perbuatan ‘kejam’ suaminya, namun apabila mengingat semula kebaikan lelaki tersebut selama ini, dia cuba untuk reda.

“Saya mungkin hancur (hati) tapi saya masih fikir kebaikan yang pernah dia buat. Nak menangis tak guna, kena terima fakta orang yang kita sayang tak cintakan kita,” luahnya.

Dalam pada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut untuk terus kuat menerima ujian Allah terhadap rumah tangganya.

Netizen turut meluahkan kata-kata serta komen berkenaan ini.

“Hebatnya wanita yang macam ini. Kalau wanita lain sudah tentu tidak menjadi penjamin kepada lelaki tersebut” tulis seorang netizen.

“Katanya dia sayangkan suaminya tetapi suaminya tak cintakan dia, buat apa bertahan lagi cinta sudah tiada yang ada cuma kasihan.” komen seorang lagi.

“Itulah ciri-ciri isteri yang nak syurga dari suami, beruntung suami dapat isteri macam itu, semoga suami bertaubat dan menghargai isterinya” kata seseorang di komen.

“Kalau saya akan biarkan saja, adik-beradik dia adakan? Biar tengok sikit perangai darah daging dia macam mana” tulis seorang wanita.

“Tahniah kakak, mungkin dalam keadaan kakak tengah marah kakak masih boleh berpikiran waras. Mungkin selama ini suaminya layan baik, serba-serbi cukup atau suaminya banyak tolong keluarga atau adik-beradiknya yang susah mana kita tahukan?” komen netizen lagi.

“Awak nak bini macam mana lagi??? Lelaki apakah ini? Isteri sebaik ini pun masih mahu curang” kata seseorang di komen.

“Denda RM1500 untuk satu pihak, jika penjara mungkin sebulan lebih saja. Apapun nilainya hukuman itu, kagum isterinya hati kering” tulis seseorang.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply