Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendedahkan masih terdapat majikan tidak mematuhi pelaksanaan gaji minimum yang berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Isu Bayar Gaji Minimum. MTUC Dedah 'Sesuatu' Buat Ramai Setuju..

Presiden, Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata pihaknya turut menerima aduan, elaun tetap diterima pekerja setiap bulan dipotong dan dimasukkan di dalam gaji pokok.

Menurutnya, tindakan segelintir majikan itu bagi memenuhi pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan.

Jelasnya, hal ini jelas satu pelanggaran hak pekerja dan memerlukan tindakan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Katanya dalam satu kenyataan, MTUC sudah memaklumkan kepada pekerja yang membuat aduan untuk memuat naik aplikasi digital yang diperkenalkan KSM iaitu Working for Workers (WFW).

Beliau berkata, MTUC bersetuju dan menyokong usaha kerajaan yang giat berusaha dalam membangunkan kumpulan bakat berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi bagi pekerja di Malaysia.

Katanya, MTUC juga senada dengan kekecewaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila gaji yang ditawar majikan tidak setimpal dan berpadanan dengan kelayakan dan kerja anak tempatan.

Beliau turut berharap agar usaha dan sokongan terus daripada KSM kepada MTUC dan kerajaan dalam memartabatkan pekerja di Malaysia akan berterusan.

Ujarnya, kami yakin dan optimis melalui perbincangan yang harmoni secara konsisten dalam platform tripartite Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) juga boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan konsultasi tiga penjuru untuk mencapai kata sepakat demi kesejahteraan pekerja.

Semalam, Ismail Sabri meluahkan kekecewaan apabila ada majikan yang masih menawarkan gaji di bawah paras gaji minimum selain mengingatkan majikan supaya mematuhi syarat pelaksanaan gaji minimum.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply