Isu Jam Menteri Agama. Gara-Gara Siti Kasim Ini Yang Berlaku Pada Kedai Jam Tersebut | Susulan isu berkenaan jam tangan Menteri Agama dipertikai, selepas penjelasan dibuat oleh Menteri Agama dan ini yang berlaku kepada Kedai jual Jam tersebut. Allahu Akbar..
Petaling Jaya – Laman web yang menjual jam tangan jenama Buruj sesak dengan model Buruj Adam Hawa Rose Gold untuk lelaki habis terjual, hari ini.
Pengedar jam tangan tersebut, Mohamad Basri Ibrahim berkata, laman web rasmi menjual jam tangan berkenaan menerima trafik yang amat tinggi sejak semalam.
“Laman web kami menerima trafik yang sangat tinggi sehingga crash (ranap) dan terpaksa menaik taraf ke cloud hosting (pelayan awan) yang lebih tinggi,” katanya hari ini.
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menjawab tuduhan peguam dan aktivis Siti Kasim yang mendakwa beliau menggunakan jam tangan mewah berjenama Rolex.
Bagaimanapun, Naib Presiden PAS itu menerusi ciapan di laman Twitter berkata, beliau hanya memakai jam tangan jenama Buruj bagi membantu memudahkannya mengetahui arah kiblat serta waktu solat.
“Untuk pengetahuan, jam Buruj ini sudah lama saya pakai. Senang hendak tahu waktu solat dan arah kiblat.
“Boleh solat di mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun senang hendak menentukan arah kiblat,” tulisnya.
Terdahulu Siti Kasim dalam satu hantaran di media sosial meminta pengikut laman Twitter miliknya melihat jam berwarna keemasan yang dipanggil Idris yang disangkanya jam jenama mewah Rolex.
Laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini turut memuat naik poster menerangkan maksud perkataan buruj.
“Kata nama (astronomi) sekumpulan bintang yang berdekatan antara satu sama lain pada satu kawasan langit yang dibentuk menjadi transformasi tertentu seperti geometri dan haiwan,” katanya.
Hantaran DBP itu mendapat lebih 4,000 tanda suka dan dikongsi lebih 600 kali.
Sumber : Kosmo