Isu Jawatan TPM. Ini Respons Timbalan Presiden Bersatu Yang Ditunggu Ramai

| August 22, 2021 | 0 Comments

Isu Jawatan TPM. Ini Respons Timbalan Presiden Bersatu Yang Ditunggu Ramai | Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, parti itu akan berterima kasih jika jawatan timbalan perdana menteri diberikan kepada mereka.

Isu Jawatan TPM. Ini Respons Timbalan Presiden Bersatu Yang Ditunggu Ramai

Bagaimanapun ahli parlimen Tambun itu memberitahu media, isu jawatan timbalan perdana menteri tidak dibangkitkan pada mesyuarat pimpinan Perikatan Nasional (PN) di ibu negara hari ini.

“Isu pelantikan timbalan perdana menteri tidak dibangkitkan. Terima kasih kalau mahu bagi kepada Bersatu,” katanya kepada media hari ini.

Ahmad Faizal menegaskan bagi Bersatu apa yang lebih penting ialah kabinet yang akan dibentuk Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selepas ini menjadi pasukan menyelama negara.

Katanya Bersatu mahu kabinet itu nanti juga membawa negara keluar dari kemelut yang sedang dihadapi.

Terdahulu bekas menteri besar Perak itu menghadiri mesyuarat PN yang dipengerusikan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin. Ia turut dihadiri Timbalan Pengerusi PN, Abdul Hadi Awang yang juga presiden PAS.

Turut hadir, Setiausaha Agung Parti Soladariti Tanah Airku (STAR), Guan Dee Koh Hoi; Ketua Pemuda PN, Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Srikandi Bersatu, Rina Harun.

Ketika persoalan mengenai perdana menteri sudah terjawab perhatian orang ramai kini terarah kepada jawatan timbalannya pula meskipun ia bukanlah posisi yang mesti ada.

Semasa Muhyiddin menjadi perdana menteri, tiada timbalan dilantik sebaliknya dia mewujudkan jawatan menteri kanan yang diisi tiga ahli Dewan Rakyat dan seorang senator.

Serah pengerusi uruskan

Hanya ketika hubungan Umno dan Bersatu semakin tegang, Muhyiddin melantik Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno sebagai timbalan perdana menteri.

Setakat ini tiga nama pemimpin Bersatu dikaitkan dengan persaingan bagi mengisi jawatan timbalan perdana menteri iaitu Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, dan anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Redzuan Md Yusof dan Azmin Ali.

Ketiga-tiganya adalah bekas menteri kabinet dalam kerajaan PN sebelum ini yang diketuai Muhyiddin.

Menurut Utusan Malaysia, kumpulan yang mengaku sebagai penggerak awal Bersatu mendesak agar jawatan timbalan perdana menteri diberikan kepada parti itu.

Mereka mencadangkan Redzuan, yang merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah, dilantik bagi jawatan itu.

Mengulas mengenai pembentukan Kabinet baru Ahmad Faizal menjelaskan gabungan berkenaan menyerahkan kepada Muhyiddin selaku Pengerusi PN untuk menguruskannya.

“Pengerusi PN akan berbincang dan saya percaya pengerusi akan membuat satu keputusan yang sewajarnya,” katanya.

Sumber : Malaysia Kini

Tags: , , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *