Pihak polis akan memanggil Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Isu Kavadi: Tok Mat Dipanggil Pihak Polis Untuk Beri Keterangan!

Hal ini berhubung satu kenyataan beliau yang didakwa telah menyinggung penganut agama Hindu.

Kenyataan tersebut dibuat Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat dalam satu wawancara bersama sebuah portal berita antarabangsa baru-baru ini.

Rakaman audio sesi temu bual tersebut telah tular selepas dikongsi oleh wartawan berkenaan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kertas siasatan telah dibuka pihaknya susulan laporan polis dibuat Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu Nasional, S Gobi Krishnan pada Rabu.

Katanya, mereka akan mengambil keterangan beberapa saksi lain sebelum memanggil Mohamad.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beh Eng Lai memberi kenyataan itu kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat satu laporan polis terhadap Tok Mat.

Ini susulan kenyataannya dalam sebuah wawancara bersama media anatarabangsa yang didakwa menghina penganut agama hindu.

Menurut Gobi Krishnan, kenyataan Mohamad Hassan yang menyifatkan kejatuhan UMNO pada pilihan raya umum (PRU) lepas berpunca daripada salah seorang pemimpin parti yang dianggap sebagai ‘beban besar’.

Malah, Mohamad turut menyamakan beban itu seperti kavadi yang diusung masyarakat Hindu semasa perayaan Thaipusam.

Gobi Krishan berkata, pihaknya telah menuntut permohonan maaf daripada Mohamad beberapa hari lepas, namun tidak mendapat sebarang respon.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply