Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Negeri Selangor Tahun 2021 | Ramadhan bukanlah bulan yang asing bagi semua umat islam dunia. Lebih tepat bulan ramadan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat Allah S.W.T. Ramadan merupakan bulan mulia yang dipenuhi dengan keistimewaan dan pelbagai peristiwa bersejarah bagi umat islam telah berlaku pada  bulan ramadan.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Negeri Selangor Tahun 2021

Rasulullah Saw. bersada, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan. Bulan yang penuh berkah. Di dalamnya, Allah mewajibkan puasa bagi kalian, pintu-pintu Surga dibuka lebar, pintu-pintu Neraka ditutup rapat, setan-setan dibelenggu. Di dalamnya juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan; barang siapa yang tidak mendapatkan kebaikannya, sungguh ia tidak mendapatkan kebaikan (HR. Ahmad, Al-Baihaqi, dan Al-Nasâ’i)”.

Sebagai seorang muslim, digalakkan untuk berebut-rebut membuat amal kebaikan di sepanjang bulan yang mulia ini. Hal ini dikatakan demikian kerana bulan ramadhan ternyata lebih berbeza dan istimewa jika dibandingkan dengan bulan-bulan islam yang lain. Tiap kali tibanya bulan ramadan, beramal baiklah seolah-olah itu merupakan ramadan yang terakhir.

Berikut merupakan lampiran Takwim atau Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadan pada tahun 2021 (Masihi) bersamaan 1442 (Hijrah) bagi seluruh kawasan di negeri Selangor. Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadan tahun 1442H / 2021M yang disertakan dapat memudahkan umat Islam di negeri Selangor membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur sebelum memasuki waktu Subuh selain dapat berbuka Puasa pada waktu yang tepat.

Lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadan tahun 1442H / 2021M yang disertakan ini adalah rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadan Zon 1 Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat Dan Sepang.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Negeri Selangor Tahun 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadan Zon 2 Kuala Selangor Dan Sabak Bernam

Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Negeri Selangor Tahun 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadan Zon 3 Klang Dan Kuala Langat.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Negeri Selangor Tahun 2021

Janganlah biarkan diri merugi, sebab jika Ramadan saja kita sia-siakan, bagaimana lagi dengan bulan yang lain? “Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar dalam keadaan merugi. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, serta saling nasihat-menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.” Wallâhu a‘lam.

Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadhan tahun 1441H / 2020M yang disertakan dapat memudahkan umat Islam di negeri Selangor membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur sebelum memasuki waktu Subuh selain dapat berbuka Puasa pada waktu yang tepat.

 

Share.

Leave A Reply