Jalan Raya Berlubang Berpunca Dari Tanah Yang Mendap | Kejadian tanah mendap yang berlaku di jalan raya di Jalan Lampam, Tanjung Puteri Resort di sini telah membangkitkan kebimbangan dalam diri para pengguna jalan di situ.

Jalan Raya Berlubang Berpunca Dari Tanah Yang Mendap

Kebimbangan itu terjadi kerana keadaan tanah itu mengundang bahaya kepada pneggunanya sama seperti kemalangan yang berlaku terhadap sebuah kereta selepas terperosok ke dalam lubang berikutan kejadian tanah mendap terbabit.

Ahmad Radzi Ibrahim, 30, yang juga merupakan pengguna jalan raya berkata, kejadian itu berlaku pada pagi hari ini apabila sebuah Proton Wira terjunam dalam lubang. Kejadian itu menimbulkan kebimbangan ribuan penduduk yang menggunakan laluan berkenaan untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.

Lokasi berlaku mendapan tanah itu adalah laluan utama dari Pelabuhan Tanjung Langsat menghala ke perkampungan Pasir Putih dan Pelabuhan Johor. Tanah yang mendap itu dikatakan berpunca daripada paip air yang pecah.

Sekiranya kejadian sama menimpa penunggang motosikal, impaknya mungkin lebih buruk dan boleh meragut nyawa. Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) seharusnya memantau keselamatan laluan utama ini yang turut digunakan ratusan kenderaan berat pada setiap hari

Menurut jurucakap Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada SAJ Ranhill berkaitan keadaan berkenaan. Kejadian itu membabitkan paip SAJ pecah dan MBPG sudah memaklumkan kepada SAJ untuk baik pulih jalan berkenaan dan kini kerja membaik pulih sedang dijalankan.

Laluan itu merupakan laluan utama di Pasir Gudang, denagn itu MBPG berharap agar kerja membaik pilih jalan itu dapat dilaksanakan pada hari ini. MBPG juga minta bantuan kumpulan konsesi untuk bersiap sedia sekiranya ada keperluan untuk membantu kerja membaik pulih berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply