“Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali…” Ini Risiko Dan Penyakit Yang Ramai Tak Tahu Jika Lakukannya

| February 28, 2021 | 0 Comments

“Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali…” Ini Risiko Dan Penyakit Yang Ramai Tak Tahu Jika Lakukannya | Sudah lazim bagi para isteri atau individu yang rajin memasak untuk gunakan minyak yang sama dalam beberapa masakan. Kadang-kala mereka berbuat begitu adalah kerana untuk menjimatkan penggunaan minyak masak yang baru.

Namun begitu, terdapat juga risiko yang boleh mengundang beberapa penyakit yang serius jika menggunakan minyak masak berulang kali.

Baru-baru ini, seorang doktor telah berkongsikan mengapa kita tidak boleh gunakan minyak masak berulang kali di Twitter beliau.

Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.

Menurutnya, penggunaan minyak masak berulang kali boleh mendapat penyakit atherosclerosis iaitu salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal ,penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.

Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.

Beliau turut berpesan kepada orang ramai :

  • Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
  • Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
  • Hati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam peket 1kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
  • Elakkan dari beli minyak yang tak dpt dipastikan pengeluarnya even harganya adalah lebih murah.
  • Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
  • Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.

Sumber : Dr Samhan

Tags: , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *