“Jangan Jolok Masuk Cotton Bud…” Ini 5 Panduan Jika Serangga Masuk Telinga Anak

| February 17, 2021 | 0 Comments

“Jangan Jolok Masuk Cotton Bud…” Ini 5 Panduan Jika Serangga Masuk Telinga Anak | Pasti ibu bapa ada yang berpengelaman telinga anaknya dimasuki serangga. Perkara ini mudah juga terjadi kepada kanak-kanak. Kebiasaannya, serangga yang bersaiz kecil suka masuk ke dalam telinga kanak-kanak.

Kanak-kanak sudah pasti meraung sakit kerana dia rasa ada sesuatu yang bergerak-gerak dalam telinganya. Jadi ibu bapa perlu buat apa?

Baru-baru ini, Dr Ahmad Luqman Bukhari telah berkongsi di laman Twitternya mengenai panduan kepada ibu bapa ketika serangga memasuki telinga anak mereka. Mari ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

 

1. Tolong tenangkan diri kita dulu kemudian baru tenangkan anak. Dalam situasi kecemasan apa sekalipun, jangan panik sebab kita tak kan boleh nak bantu orang lain bila kita pun gelabah sama.

2. Elak jolok masuk cotton bud atau besi pengorek ke dalam telinga anak kita tu. Risiko saluran telinga tercedera jadi amat tinggi. Serangga tu pun mungkin akan tertolak masuk lebih jauh ke dalam.

3. Cepat-cepat titiskan minyak zaitun atau baby oil ke salur telinga tu untuk kita lemaskan serangga kat dalam tu. Kalau biar lebih lama risau komplikasi lain berlaku.

4. Sekiranya kalian boleh nampak serangga tu kat hujung luar saluran telinga, keluarkan terus pakai jari kita ni atau gunakan pengepit kecil untuk tarik ia keluar.

5. Terus je ke hospital selagi mana serangga tu masih ada kat dalam telinga si kecil tu. Walaupun dah mati, tapi ia tetap boleh akibatkan jangkitan kat dalam telinga jika tak dikeluarkan.

Sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *