Jasad Kanak-Kanak Lemas Akibat Tergelicir Dalam Longkang Ditemui

| May 9, 2021 | 0 Comments

Jasad Kanak-Kanak Lemas Akibat Tergelicir Dalam Longkang Ditemui | Jasad seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berdekatan dengan rumahnya ditemui oleh pasukan penyelamat pada pagi ini.

Jasad Kanak-Kanak Lemas Akibat Tergelicir Dalam Longkang Ditemui

Seremban: Mayat Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly,8, yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika bermain di longkang di Flat Cempaka, Garden Evenue, Seremban 2 dekat sini, kelmarin ditemui pagi ini.

Ketua Zon Seremban Jabatan Bomba dan Penyelamat, Khair Amir Ahmad berkata, mayat ditemukan pada pukul 7.30 pagi oleh anggota bomba ketika melakukan rondaan di kolam takungan air di Taman Arowana Indah, pagi tadi.

Katanya, semasa rodaan dilakukan anggota bomba, mereka menemui mayat timbul di permukaan air tidak jauh 30 meter dari pintu kunci kolam tebatan air banjir yang dibuka semalam.

Pihaknya mengesyaki kemungkinan mayat kanak-kanak terbabit terbenam di dalam lumpur.

Tambahnya, mereka menemui mayat mangsa dalam keadaan telingkup dengan keadaan tidak berbaju dan seluar sudah terlurut manakala muka mangsa juga berada dalam keadaan mengelupas.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang, Sabtu lalu, mangsa yang mesra dipanggil Aqim oleh ahli keluarganya tergelincir ketika bermain di longkang bersama abangnya yang berusia 10 tahun dan seorang rakan berusia 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, mangsa dikatakan tergelincir ketika bermain di longkang tersebut dan sewaktu kejadian, hujan agak lebat dan dipercayai mangsa dihanyutkan air deras.

Sementara itu, menurut Khair Amir, air surut di dalam kolam takungan air berkenaan dipercayai memudahkan operasi pencarian pada pagi tadi.

Jelasnya lagi, pihak bomba telah menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk bedah siasat.

Tambahnya, pihak bomba telah menamatkan operasi pada jam 8.30 pagi tadi selepas mayat mangsa ditemui.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *