Jasad Tanpa Kepala |Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.Aku penah kerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi di dalam temasek. Takde la lama sangat, syarikat ni bila kena ‘overnight’ shift, boleh jadi ‘jiwa kacau’.

Aku mula ‘online’ selepas abis training selama sebulan. Shift yang diberi, seminggu pagi (7-3), seminggu petang (3-11), seminggu overnight (11-7), dan minggu ke empat, shift alternate, contohnya bulan ni, aku akan ambik shift pagi, jadi bulan depan shift petang, and so on..
Masa masih dalam training, senior2 banyak kali remind, bila kena overnight, mulut jangan celupar, jaga tingkah laku, kalo boleh bila break, keluar awal sebelum ‘midnight’. Aku anggap biasa jelah, tiap kerja ada cabarannya tersendiri
Sampailah turn aku kena keje overnight, kalo tak silap hari ke 3 aku kena overnight. Masuk awal, pukul 10 aku dah ‘punch in’. Berbual, makan biskut (biskut, makanan ringan dan air disediakan percuma kat sini).
Shift pun bermula malam tu aku berteman 6 lagi staff yang lain, masing-masing duduk dalam jarak ikut suka sendiri maksudnya tak berkumpul dalam satu baris, dan kawasan kerja aku dikepung dalam satu glass compartment besar (maksudnya boleh nampak sesiapa yang cuba nak ke tandas, mengulor, naik turun lift, dan ke pantry),
Shift berjalan biasa je untuk 2-3jam pertama.
Menjelang pukul 3pagi. Aku ke tandas, selesai berhajat, aku turun ke bawah ke ‘smoking area’, naik semula selepas selesai.
“Hari macam nak hujan…” gumam aku sendirian
Ohh tempat ni lepas tengah malam sangat sunyi. Walaupun dikelilingi bangunan tinggi, apartment2 awam disekelilingnya..
Untuk menjimatkan elektrik, disebabkan jumlah staff yang rendah, kebanyakkan lampu dipadam, jadi berkerjalah masing2 dengan lampu downlight yang hanya dipasang di cuma beberapa tempat. jumlah call pun sangat rendah, mungkin hanya 2 call dalam satu jam.
Kembali ke station aku, on balik pc yang tadi dalam sleep mode, semak kerja yang pending.
Sayup-sayup dari jauh aku terdengar derapan kaki.
Mungkin akak senior ke tandas, aku fikir.
Bunyi semakin dekat, dan dari station aku, aku duduk menghadap laluan terus ke tandas. Jadi nampak lah siapa yang lalu lalang.
Dari jauh nampak macam cahaya. Nampak seolah ‘seseorang’ sedang berjalan sambil merokok sebab ber ‘Cahaya’ (terang….. Kemudian malap, sebijik macam orang tengah merokok)
“mana boleh merokok dalam office? Nak kena maki ke?” aku cakap dalam hati
Makin lama makin dekat..
Bila jarak cuma tinggal 10 meter, nampak lah jelas kat mata aku, lelaki tanpa kepala, dengan baju t-shirt pagoda.
Pause.
.
.
.
.
.
.
Leher putus!! Nampak batang leher tapi takde kepala, ada keruping2! Berdarah kering kat sekeliling kolar leher, sampai d***h dah warna hitam!!
Tiba-tiba ada bau busuk….
Cahaya yang dari tadi aku nampak, datang dari tengah batang lehernya yang putus, malap…… Terang…. Malap….. Terang….
Aku punya d***h semua menyirap naik kat kepala bila dah nampak…. Rasa macam kembang kepala aku!
Terpegun!!
kaku!!
Tak bergerak!!
Masih aku ingat dengan jelas dia nampak macam tengah ‘usha’ sana sini
Tengah cari sesuatu….
Kepalanya….. mungkin???
Sambil dia berjalan mengelilingi kiub kompartment kami..
Aku tak pasti buddy shift aku yang lain nampak atau tak…
Yang aku tau, peluh sejuk, peluh panas, peluh suam semua dah keluar walaupun kat luar tengah hujan, dan sepatutnya dok kat dalam office yang ada aircond, aku sepatutnya rasa sejuk!
Dah puas dia berkeliling, dia jalan semula arah dia datang! Walaupun insiden ni cuma kurang setengah jam! Tapi seriau yang aku rasa, adoiiii… Malas lah nak cerita, tengah menaip ni pun seram!!
Lepas dia blah, aku bangun, aku himpit senior aku,
Aku tanya, “ko nampak tak apa yang aku nampak?”
“shhhhhhh…. Jangan tegur, jangan dia ganggu sudahlah!!” dia jawab
Aku diam bila dia dah cakap macam tu.
Terus aku tukar station kerja aku, dekat dengan dia. Sampailah hari cerah.
Lepas pada insiden tu, aku ada tanya2 dengan senior,
Senior aku kata dulu kawasan ni, kawasan panas, tempat askar jepun k***t kepala… Banzaiiii….. Kata dia.
Dia kata yang aku nampak tu, penampakkan yang paling jelas, kadang diorang shift malam, cuma dengar bunyik tapak kaki je, kadang nampak pintu terbukak tutup sendiri, ada masa pulak cuma nampak barang kat pantry biskut bergerak2…
Fuhhhhhh….
Lepas pada insiden tu, alhamdulillah sebab aku tak berdepan insiden yang sama lagi, doa punya doa taknak terserempak lagi, dibuatnya dia tumpang lift sama dengan aku nak naik ke level office? Mau sawan aku dalam lift. Hahaha
Sekian cerita aku. Terima kasih pada yang membaca.
Kredit : fiksyenshasha.com/submit