“Saya agak terkilan kerana ketika memecahkan cermin dan membuka pintu gelongsor yang tidak berkunci, saya sempat jerit bertanya sama ada penghuni dalam rumah, namun tidak bersahut.

Jiran Luah Terkilan, Tak Dapat Selamatkan Dua Beradik Maut Kebakaran

“Saya sangka tiada orang namun hanya mengetahui dua beradik itu ada di dalam rumah selepas jiran menghubungi ibu mereka,” kata jiran dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut, di sini, awal pagi tadi.

Rahmat Razali, 33, berkata dia sempat menjerit memanggil namun ketika itu tiada sesiapa menyahut menyebabkan dia beranggapan tiada orang dalam rumah.

“Api dah marak dan saya hanya nampak kepulan asap saja ketika itu.

“Kami cuba memadam kebakaran sementara menunggu bomba datang namun api terlalu marak,” katanya ditemui hari ini.

Dalam kebakaran kira-kira 3.30 pagi itu, dua beradik ditemukan rentung selepas rumah mereka terbakar.

Kanak-kanak yang ditemukan rentung dikenali sebagai Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adik lelakinya berusia enam tahun Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan.

Difahamkan ketika kejadian, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci, dengan ibu bapa mangsa dikatakan keluar rumah.

Nenek mangsa yang ingin dikenali sebagai Normala, 48, berkata ketika kejadian anak dan menantunya tidak membawa kedua-dua cucunya keluar kerana mereka sedang tidur.

“Saya menerima panggilan jam 4 pagi mengenai kejadian terbabit. Ketika kejadian, anak saya dan suaminya pergi keluar makan jam 3 pagi kerana anak saya yang mengandung mengidam nak makan.

“Saya tidak sangka kegembiraan minggu lalu ketika menyambut hari jadi datuk mereka adalah kenangan terakhir bersama,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang hari ini.

Sumber: BH

BERITA BERKAITAN..

Allahu… 2 Beradik M4ut Dalam Kebakaran Rumah.

Dua beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanguit Gombak pada Isnin.

Dalam kejadian itu, mangsa Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, ditemui rentung dalam kejadian itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi.

“Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang termasuk Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Norazam berkata, semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan mangsa dipercayai cuba keluar berdasarkan keadaan mayat, namun pintu jeriji dalam keadaan terkunci.

“Kedua-dua beradik itu ditemui rentung pada jam 4.43 pagi tadi selepas kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 4.13 pagi,” ujarnya

Jelasnya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 6×24 meter persegi dengan 70 peratus terbakar.

“Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut,” jelas beliau.

Sumber : SH

Share.

Leave A Reply