JKR Malaysia Sahkan Satu Kes Baharu Covid-19 Di Ibu Pejabatnya KL.

| September 16, 2020 | 0 Comments

JKR Malaysia Sahkan Satu Kes Baharu Covid-19 Di Ibu Pejabatnya KL.| Kuala Lumpur, 17 Sept – Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan kes terbaharu COVID-19 melibatkan seorang kakitangannya di ibu pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, kakitangan tersebut telah disahkan positif COVID-19 pada 16 September lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Kakitangan tersebut dilaporkan telah mengunjungi Parlimen pada 10 September sebelum melakukan lawatan kerja ke Sarawak pada 14 September lalu.

Susulan itu, JKR melampirkan senarai kontak rapat dan sejarah perjalanan pesakit berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kontak rapat dalam kalangan kakitangan JKR telah dan akan menjalani saringan kesihatan serta proses kuarantin di rumah.

“Langkah proaktif telah diambil dengan menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran,” tulis JKR.

jkrjkrkl

covid

KENYATAAN RASMI JABATAN KERJA RAYA: JKR MALAYSIA SAHKAN KES COVID-19 TERBAHARU DI IBU PEJABAT JKR MALAYSIA, JALAN SULTAN SALAHUDDIN, KUALA LUMPUR

Posted by Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) on Wednesday, September 16, 2020

Sumber : JKR Malaysia

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *