Jual Mayat Anak Untuk Dikahwinkan Dengan Mayat Lain

| December 15, 2020 | 0 Comments

Jual Mayat Anak Untuk Dikahwinkan Dengan Mayat Lain | Sebuah keluarga di China menjual mayat anak mereka yang meninggal dunia 12 tahun lalu sebagai ‘pengantin hantu’.

Media tempatan melaporkan, mayat Kang Cuicui kemudiannya ‘dikahwinkan’ dengan mayat lelaki dalam satu upacara purba di wilayah Hebei.

Adat Yin Hun atau ‘perkahwinan hantu’ dikatakan telah diamalkan di negara itu sejak ribuan tahun oleh individu yang percaya si mati tidak akan bersendirian di alam barzakh selain membawa tuah kepada generasi akan datang.

Upacara itu kembali mendapat perhatian umum selepas akhbar Orient Today pada minggu lalu melaporkan tentang tradisi kuno tersebut yang dilakukan oleh penduduk kampung di Huanghua, Cangzhou.

Pada mulanya, bekas suami si mati, Li Zhong terkejut selepas mendapati kubur mendiang isterinya telah digali selain barangan bernilai termasuk barang kemas yang ditanam bersamanya turut dicuri.

Keluarga Zhong kemudiannya membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati keluarga Cuicui sendiri yang bertanggungjawab menggali semula semula kubur anak perempuan mereka.

Mayat wanita itu turut ‘dijual’ dengan harga 80,000 yuan (RM49,563) kepada sebuah keluarga yang kematian anak lelaki dalam satu kemalangan kereta.

Kedua-dua keluarga terbabit mengadakan upacara ‘perkahwinan’ tersebut pada 23 November lalu dan mengebumikan semula mayat kedua-duanya di dalam satu liang lahad.

Dalam kejadian sama pada 2015, tiga lelaki ditahan di wilayah Shanxi selepas cuba menjual mayat wanita yang dicuri mereka sebagai ‘pengantin hantu’.

Sumber : SH

Tags: , , , ,

Category: PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *