Jumpa Mayat Lelaki Dalam Keadaan Sujud Di Padang Pasir. Ada Video.

| July 26, 2020 | 0 Comments

Jumpa Mayat Lelaki Dalam Keadaan Sujud Di Padang Pasir. Ada Video. | Seorang lelaki warganegara Arab Saudi ditemui meninggal dunia dalam keadaan bersujud di satu kawasan gurun padang pasir, baru-baru ini.

Mayat sujud padang pasir

Lelaki berkenaan, Dhuwaihi Hamoud Al-Ajaleen, 40, meninggalkan rumahnya pada Khamis lalu di Wadi Al-Dawasir, wilayah Riyadh dipercayai keluar untuk mencari bekalan kayu api.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan hilang tanpa sebarang maklumat sebelum mayatnya ditemui pihak polis dalam satu operasi pencarian pada tiga hari berikutnya.

Mengikut laporan tempatan, pasukan penyelamat turut menemui sebuah kereta yang penuh dengan kayu api terletak tidak jauh dari situ, dipercayai kepunyaan lelaki tersebut.

Difahamkan, kayu api yang dikumpul itu mungkin untuk kegunaan ahli keluarganya di rumah.

Sehubungan itu, beberapa rakaman video dan gambar mengenai situasi tersebut mula tular di media sosial.

Penemuan tragis tersebut mendatangkan rasa terkejut dan simpati oleh netizen.

Sumber : Siakapkeli & Dailymail

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *