Jumpa Mayat Wanita Rakyat Malaysia Tanpa Kepala. | London: Polis mengenal pasti identiti seorang wanita yang mayatnya ditemukan tanpa kepala di bandar persisiran pantai yang popular di Devon.

Mangsa dikenali sebagai Mee Kuen Chong, 67, dan dia sebelum ini dilaporkan hilang dari Wembley, London.

Media sebelum ini melaporkan satu mayat ditemukan di kawasan hutan Salcombe.

Ketika ini, polis masih menyiasat punca kematian wanita itu.

Detektif Superintendan Polis Devon dan Cornwall, Ben Deer berkata, pihaknya masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, polis masih tidak mengetahui waktu kematian wanita itu dan pergerakannya sejak 10 Jun, sehingga mayatnya ditemui pada 27 Jun lalu.

Sehubungan itu, pihaknya meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Pada petang Ahad lalu, banjir kilat melanda Devon Selatan.

Kira-kira 5 petang, satu mayat tanpa kepala ditemukan di dalam kawasan hutan, tidak jauh dari Hotel Salcombe Harbour.

BBC melaporkan, Chong yang turut dikenali sebagai Deborah berasal dari Malaysia dan menetap di London sejak 2004.

Sumber : Metro

Share.

Leave A Reply