Seorang jurugambar ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang murid lelaki Tahun Tiga di sebuah sekolah dekat Bandar Baru Salak Tinggi pada 12 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pengadu yang merupakan ayah mangsa telah membuat laporan polis mendakwa anaknya telah dicabul ketika acara “petting zoo” di sekolah terbabit.

Beliau berkata, mangsa berusia sembilan tahun itu telah ke bilik sains untuk menyertai acara tersebut sempena Bulan Panitia Sains.

Katanya, mangsa telah membayar wang sebanyak RM5 kepada suspek sebagai bayaran untuk mengambil gambar.

“Suspek telah berdiri di sisi sebelah kiri mangsa sebelum memeluk mangsa dari belakang.

“Suspek kemudian menyentuh kemaluan mangsa dari luar seluar dan mangsa telah cuba menepis tangan suspek. Suspek bagaimanapun masih terus menyentuh kemaluan mangsa.

“Suspek telah mengarahkan mangsa bergerak ke belakang dan sekali lagi menyentuh kemaluan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, ketika kejadian suspek berpakaian baju, seluar panjang, pelitup muka dan topi berwarna hitam.

Menurutnya, mangsa mendedahkan bahawa suspek turut memegang kemaluan murid lain dan kesemua yang terlibat telah dipanggil bagi merakam percakapan.

Wan Kamarul Azran berkata, pada pukul 2.30 petang, 23 Mei lalu telah berlaku perjumpaan antara pihak sekolah, penjaga dan dua jurugambar yang bertugas pada hari kejadian.

“Salah seorang jurugambar telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan pihak sekolah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan kedua-dua jurugambar masuk ke kawasan sekolah,” ujarnya.

Bagaimanapun, bapa mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah.

Jelas Wan Kamarul Azran, suspek yang merupakan seorang lelaki Melayu berusia 39 tahun telah ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Sepang pada pukul 1.30 petang, Jumaat lalu.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan suspek tidak mengaku memegang kemaluan kanak-kanak tersebut,” katanya.

Katanya, suspek ditahan reman sehingga Khamis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber : UtusanTV

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Dipercayai Cabul Wanita Di Tepi Jalan, Seorang Lelaki Ditahan

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian mencabul seorang wanita di tepi jalan di kawasan Sea Park di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan di kawasan Ara Damansara pada Jumaat lalu.

“Pada 28 April lalu, polis menerima laporan dari seorang wanita berusia 20-an yang sedang berjalan kaki dan dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

“Suspek yang berpakaian hitam dan memakai pelitup muka melarikan diri selepas ke arah tidak pasti,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, polis menahan suspek warga tempatan di kawasan Ara Damansara pada 10.15 malam, Jumaat lalu.

“Hasil siasatan suspek dikehendaki polis bersabit dua kes iaitu di Wangsa Maju dan Kelana Jaya.
“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan,”katanya.

SUMBER: KMN

Share.

Leave A Reply