Jurutenik, Jurukimpal Ditahan Polis, Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Dalam Op MabukĀ | Polis kini telah berjaya menahan dua individu semasa Op Mabuk selepas dua individu tersebut dipercayai telah memandu dan menunggang motosikal dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol di Jalan Ong Yi How, Goergetown di sini, pagi tadi.

Jurutenik, Jurukimpal Ditahan Polis, Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Dalam Op Mabuk

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengulas bahawa operasi yang berakhir pada jam 6 pagi tersebut mendapati individu yang ditahan adalah seorang juruteknik berusia 35 tahun yang sedang memandu kereta manakala seorang lagi adalah seorang jurukimpal berusia 50 tahun yang sedang menunggang motosikal.

Mereka dilaporkan ditahan kerana hasil ujian mendapati mereka positif iaitu berada dalam pengaruh alkohol melebihi had selepas ujian saringan awal dijalankan menggunakan alat SD2+.

Menurut Noorzainy dalam satu laporan, kedua-dua individu telah dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seberang Perai bagi menjalankan ujian seterusnya iaitu ujian pernafasan menggunakan EBAII dan didapati mereka turut positif dalam ujian tersebut yang menunjukkan mereka melebihi had yang ditetapkan.

Ulas beliau lagi, pihaknya akan terus membanteras jenayah mabuk kerana ia bukan sahaja mengundang bahaya pada yang memandu semasa mabuk malah ia mendatangkan bahaya kepada individu lain yang tidak bersalah. Beliau juga mengatakan bahawa terdapat kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk sehingga mengorbankan pengguna jalan raya yang lain.

Justeru Op Mabuk dilihat menjadi salah satu inisiatif bagi mempergiatkan usaha untuk membanteras pemandu mabuk serta tindakan tegas juga bakal diambil kepad individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had.

Kes dikatakan disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengakutan Jalan Raya 1987.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply