“Kabinet Baru Jangan Libatkan Kluster Mahkamah”-Mahathir | Selepas perlantikan baharu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri, kini rakyat Malaysia tertumpu kepada perlantikan Kabinet Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar lantikan Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk perlu dibuat dalam jumlah yang lebih kecil.

Hal ini kerana menurut beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), tindakan berkenaan wajar dibuat selepas majoriti menteri dan timbalan menteri sewaktu pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menunjukkan prestasi yang baik selain ada dalam kalangan mereka disifatkan sebagai hanya “memakan gaji buta”.

Beliau berharap agar tidak berapa besarlah (Kabinet baharu) iaitu tidak seperti yang sebelumnya agar tidak kelihatan bahawa jawatan menteri itu sebagai satu cara untuk ‘sogok orang’.

Beliau mendakwa, Menteri yang dilantik seharusnya mempunyai kebolehan sebaliknya sewaktu pemerintahan sebelumnya, menteri-menteri Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada yang membuat kerja serta dilihat hanya memperoleh gaji sahaja.

Tambahnya, Ismail Sabri juga perlu mengelak daripada memberi jawatan di dalam Kabinet termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada kumpulan yang digelar ‘kluster mahkamah’.

Ditanya mengenai jawatan TPM, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan bahawa tidak ada seorang pun dalam kalangan Ahli Parlimen di blok kerajaan layak diangkat bagi jawatan berkenaan termasuklah daripada kumpulan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang majoritinya dianggotai oleh golongan yang melompat parti.

Pada Isnin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelasnya, senarai berkenaan terlebih dahulu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelumĀ  diumumkan.

Bagi rekod sebelumnya, barisan Kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai 70 orang menteri di bawah 32 portfolio berbeza yang diumumkan pada 9 Mac tahun lalu, menjadikan Kabinet tersebut mempunyai jumlah menteri tertinggi berbanding Perdana Menteri sebelumnya.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply