Kakak Meninggal Dunia, Adik Kena Ganti Tempat Pengantin | Siapa sangka, majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi momen bahagia bertukar tragedi apabila pengantin perempuan disahkan meninggal dunia pada hari kejadian.
Memetik laporan Daily Star, pengantin perempuan dikatakan mengalami pening kepala sebelum tidak sedarkan diri ketika majlis perkahwinanya sedang berlangsung.
Susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke salah sebuah hospital di India. Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.
Namun pihak keluarga tidak mahu membatalkan majlis dan sanggup meneruskan majlis tersebut dengan menggantikan pengantin perempuan.
Si bapa meminta anak perempuannya yang lain (adik mangsa) untuk menggantikan posisi sebagai pengantin perempuan.
Difahamkan, jenazah bakal pengantin perempuan yang tragis itu disimpan di dalam peti sejuk jenazah di hospital sehingga majlis perkahwinan selesai.
Artikel Lain
Pasangan Pengantin Baharu [email protected] Ini Ceritanya.
Pasangan Pengantin Baharu [email protected] Ini Ceritanya. | Tragis apabila suami isteri yang baru berkahwin ditemukan mati dengan kesan tikaman di badan dekat bilik di rumah mereka, baru-baru ini.
Portal NDTV melaporkan, mayat kedua-duanya ditemukan sebelum resepsi perkahwinan mereka di Raipur, ibu kota Chhattisgarh, kata polis pada Rabu lalu.
Polis mengesyaki berlaku pergaduhan tercetus membabitkan pasangan berkenaan, dan lelaki itu disyaki menikam isterinya hingga mati sebelum membunuh diri.
Menurut seorang pegawai, insiden lewat petang Selasa lalu itu berlaku di Brijnagar, kawasan di bawah kendalian balai polis Tikrapara.
Aslam, 24, dan Kahkasha Bano, 22, melangsungkan pernikahan pada Ahad dan resepsi perkahwinan mereka dijadual diadakan pada malam Selasa lalu.
Difahamkan, pasangan itu sedang bersiap untuk majlis itu di dalam bilik mereka.
Ibu pengantin lelaki kemudian mendengar jeritan mempelai perempuan, jadi dia terus bergegas ke arah bilik bagi melihat apa sebenarnya yang berlaku.
Beliau berkata, bilik itu dikunci dari dalam dan ahli keluarga mengintai melalui tingkap dan kemudian mendapati pasangan itu terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.
Katanya, mereka kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis.
Setibanya di tempat kejadian, polis tidak berlengah dan terus memecahkan pintu.
Mayat pasangan itu kemudian ditemukan dengan kecederaan tikaman dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat, manakala sebilah pisau ditemukan di tempat kejadian.
Dipercayai, ada pertengkaran tercetus antara pasangan itu.
Pengantin lelaki itu menyerang isterinya menggunakan pisau dan kemudian membunuh diri.
Katanya, bagaimanapun, siasatan berhubung kes itu masih berjalan.
Sumber: Harian Metro
Isteri Minta Suami Kahwin Rakan Baik
Isteri Minta Suami Kahwin Rakan Baik | Seorang lelaki di Singapura meluahkan rasa buntu apabila si isteri meminta dirinya untuk berkahwin dengan rakan baik wanita terbabit. Ini lain daripada yang lain!
Menerusi hantaran si suami yang tular di SGWhispers, lelaki berkenaan meminta nasihat daripada orang ramai mengenai situasi yang dialami olehnya itu.
Sekadar meminta pendapat dan nasihat disini mengenai keadaan saya.
Difahamkan, hasil perkahwinan pasangan terbabit, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, namun isterinya tetap meminta untuk berkahwin dengan rakan baiknya yang sudah bercerai serta mempunyai dua orang anak.
Ujar isterinya lagi, jika suaminya bersetuju untuk berkahwin, dia akan mempunyai seseorang untuk menjaganya. Malah, anak-anak rakannya itu boleh menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.
Luahan lelaki berkenaan secara tidak langsung meraih perhatian netizen.
Bukan itu sahaja, rata-ratanya menasihatkan si suami untuk mengikut kata hatinya serta mengatakan dia boleh membantu rakan isterinya tanpa perlu mengahwininya.
Sumber: Oh Bulan