Kaki Penghantar Makanan Wanita Hancur Akibat Dirempuh Lori. | Bekerja sebagai seorang penghantar makanan merupakan satu perkerjaan yang mencabar dan banyak risiko. Kita sudah tentu dengar banyak cerita-cerita berkaitan penghantar makanan, ada yang kena tipu, ada yang kena rompak samun dan yang lebih risiko ialah terlibat dalam kemalangan.

Penghantar makanan

Ini yang terjadi kepda seorang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan apabila terlibat dalam kemalangan dan kakinya digilis. Baca selanjutnya.

SANDAKAN: Seorang ibu yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk mencari nafkah hancur kaki kiri selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori dalam satu kemalangan di Jalan Lintas Labuk, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, wanita berusia 40 tahun itu dikatakan baru selesai menghantar pesanan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bergerak dari arah Batu Lapan ke Taman Fajar.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai dirempuh oleh sebuah lori dari arah belakang.

“Akibat rempuhan, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki kiri lalu dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk menerima rawatan lanjut.

“Pemandu lori berusia 59 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply