Kaki Tersangkut Pada Lubang Tandas, Kanak-Kanak Lelaki Terpaksa Tahan Sakit Selama 30 Minit |Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit selepas kaki kanannya tersangkut pada lubang tandas dalam kejadian di Jalan Delima 19, Taman Kota Masai, Johor Bahru petang semalam.

Kaki Tersangkut Pada Lubang Tandas, Kanak-Kanak Lelaki Terpaksa Tahan Sakit Selama 30 Minit

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu yang berlaku di sebuah rumah pukul 6.40 petang.

Katanya, ahli keluarga kanak-kanak terbabit bertindak menghubungi pihak bomba setelah gagal mengeluarkan kaki kanan mangsa yang tersangkut di dalam lubang tandas.

Menurutnya, ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian,  didapati kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun tersangkut di dalam lubang tandas.

Pihaknya kemudian melakukan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas sebelum kakinya berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Tambah beliau, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi itu tamat pada jam 7.32 malam.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply