Kanak-kanak 12 Tahun Mati Selepas Bateri Telefon Meletup Di Muka | Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati selepas bateri dari telefon bimbitnya tiba-tiba meletup di muka dan dipercayai kejadian tersebut berlaku di Kampung Matwar, berdekatan kawasan balai polis Halia di daerah Mirzapur, Uttar Pradesh, baru-baru ini.
Tragedi tersebut berlaku di rumah mangsa yang dikenali sebagai Monu, 12, selepas kanak-kanak tersebut ingin melihat telefon yang sedang dicas menggunakan penggecas jenama ‘joddo’ tersebut dan menyentuhnya menggunakan lidah sebelum telefon tersebut meletup.
Mangsa didapati mati di tempat kejadian setelah bateri telefon tersebut meletup di bahagian mukanya sehingga mengakibatkan kecederaan yang teruk di bahagian wajah menurut laporan yang dipetik dari Times Now News.
Selepas mendengar bunyi letupan tersebut, ahli keluarga mangsa bergegas ke bilik untuk melihat apa yang terjadi namun mereka mendapati mangsa sudah berada dalam keadaan terbaring serta berlemuruan darah. Dia segera dikerjakakan ke pusat kesihatan utama Matwar bagi mendapatkan rawatan namun mangsa telahpun disahkan meninggal ketika dalam perjalanan.
Keluarga mangsa telah melakukan upacara pembakaran mayat secara rahsia tanpa memaklumkan hal tersebut kepada pihak polis menurut laporan Times Now News.
Kes sebegini turut berlaku sebelum ini selepas seorang lelaki maut akibat bateri telefonnya meletup ketika mengecasnya pada waktu malam. Saksi mendakwa telah menemui lelaki itu maut dengan kesan terbakar di sekitar badan dan wajah seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.
Sumber: Times Now News