Seorang kanak-kanak berusia enam tahun melalui detik mencemaskan apabila ‘tertinggal’ di sebuah kedai makan selepas keluarganya berhenti makan di Medan Selera Simpang Kallang di sini semalam.

Kanak-kanak lelaki berkenaan ditinggalkan keseorangan selama kira-kira empat jam sebelum bertemu semula dengan bapanya yang datang ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub.

Dalam kejadian itu kanak-kanak berkenaan singgah di medan selera berkenaan bersama keluarga dan saudara maranya yang dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis kenduri.

Difahamkan bapa mangsa pergi ke Kuala Lumpur bagi membeli alat ganti kereta selepas kereta yang dinaiki mereka mengalami kerosakan di Raub.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu kanak-kanak berkenaan ditinggalkan ketika mangsa pergi ke tandas.

“Semasa kejadian bapanya telah bergerak ke Kuala Lumpur dengan sebuah kereta manakala ibunya menaiki sebuah lagi kereta ke Jeli Kelantan bersama adik dan abang mangsa serta saudara-mara lain.

“Ibunya menjangkakan kanak-kanak terbabit berada bersama bapanya, manakala bapanya menyangka kanak-kanak tersebut berada bersama ibunya,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, bapa mangsa hanya menyedari anak keduanya itu ‘tertinggal’ ketika berada di Rawang apabila dihubungi isterinya.

Katanya, kanak-kanak berkenaan telah dibawa ke balai polis pada pukul 1 tengah hari sebelum bapa mangsa menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian.

Beliau memberitahu bapa mangsa tiba di balai polis dan mengambil kanak-kanak berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.

“Pihak polis menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga anak-anak dan pastikan anak anda sentiasa berada dalam jagaan anda dengan baik agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,”ujarnya.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Ibu Bapa Pergi Beraya Rumah Terbuka, Anak Kembar Tinggal Dlm Kereta Hingga Menangis

PETALING JAYA – Tindakan sepasang suami isteri meninggalkan dua anak mereka di dalam sebuah kereta didakwa bagi menghadiri rumah terbuka mengundang pelbagai kecaman di media sosial.

Menerusi perkongsian di Facebook Nana Nandos, kejadian tersebut dipercayai berlaku dekat Taman Kajang Impian, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya, dia menyedari perkara tersebut apabila terdengar tangisan dua kanak-kanak di dalam sebuah kereta yang tidak berkunci.

“Enjin kereta dimatikan dan hanya tingkap dibuka sedikit. Ada anak kembar dalam keadaan takut dan menangis.

“Saya sempat berikan air kotak untuk tenangkan mereka dan tunggu lebih kurang 30 minit untuk ibu bapa mereka kembali,” katanya dalam satu hantaran, semalam.

Tambah Nana, lebih menggeramkan, bukan sahaja ibu bapanya yang menghadiri rumah terbuka itu, malah turut kelihatan iaitu datuk dan nenek kanak-kanak tersebut.

“Eh ibu bapa dengan atuk dan nenek sekali pergi beraya. Cucu dalam kereta. Dapat lah angkat tangan sambil sengih manja dari ibu bapa dia. Mak dia pun buat ‘bodoh’ je, muka tak bersalah.

“Kalau dulu macam tak percaya ini boleh berlaku, sekarang depan mata. Raya tu raya juga tetapi anak-anak amanah kita,” jelasnya.

Susulan itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan kedua-dua ibu bapa itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Ya Allah zalimnya. Kot nak raya beria tak nak bawa anak sekali pun jangan lah sampai tinggal dalam kereta macam tu.

“Kalau rasa takda duit nak upah orang jaga. Kau suami isteri gilir-gilir pergi makan rumah terbuka,” kata Fatimah.

“Alamak. Kalau taknak ganggu anak tidur. Gilir-gilir lah. Dah lah siap ada atuk dan nenek lagi. Satu keluarga ‘selfish’ (pentingkan diri),” luah Aimi.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply