Kanak-Kanak Berusia Tujuh Tahun Mati Ditembak Tentera Myanmar

| March 23, 2021 | 0 Comments

Kanak-Kanak Berusia Tujuh Tahun Mati Ditembak Tentera Myanmar | Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun telah ditembak mati di rumahnya selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan di Kota Kedua Myanmar, Mandalay.

Gadis Berusia Tujuh Tahun Mati Ditembak Tentera Di Myanmar

Penunjuk perasaan menyusun beg pasir untuk membina sekatan sementara semasa tindakan keras oleh pasukan keselamatan terhadap demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Mandalay. GAMBAR: The Guardian

Tentera Junta yang berkuasa telah menuduh pihak penunjuk perasaan iaitu pro-demokrasi membakar serta melakukan kekerasan seperti rusuhan selama beberapa minggu, sebelum pihaknya mengatakan akan menggunakan sebilangan anggota pasukan keselamatan untuk menghentikan demonstrasi harian yang berlaku.

Jurucakap Junta, Zaw Min Tun berkata, 164 penunjuk perasaan telah terbunuh secara total sebelum menyatakan rasa sedih terhadap kematian tersebut. AktivisĀ  mengatakan sekurang-kurangnya 261 orang terkorban sepanjang tindakan keras yang diambil pasukan keselamatan.

Kakitangan di upacara pengembumian memberitahu bahawa kanak-kanak berusia tujuh tahun tersebut terbunuh akibat daripada luka peluru di bandar Chan Mya Thazi pada hari Selasa yang lalu.

“Askar menembak ayahnya sebelum memukul kanak-kanak yang duduk di pangkuan tersebut di rumah mereka. Dua orang lelaki juga terbunuh di kawasan perbandaran tersebut”, katanya kepada media Myanmar.

Junta telah menghadapi kecaman antarabangsa kerana melakukan rampasan kuasa dan menghentikan peralihan sistem demokrasi di Myanmar sebelum melakukan penindasan kepada aktivis penunjuk perasaan yang rata-ratanya merupakan warganegara di negara tersebut.

Pihak Junta telah berusaha untuk pengambilalihan kuasa sejurus pilihan raya 8 November yang dimenangi Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi adalah secara penipuan namun tuduhan tersebut telah ditolak oleh suruhanjaya Pilihanraya. Pemimpin tentera telah menjanjikan pilihan raya baru namun belum menetapkan tarikh sebelum mengisytiharkan keadaan darurat di Myanmar.

Aung San Suu Kyi, pemenang Hadiah Nobel Perdamaian 1991 kerana berkempen membawa peralihan pemerintahan iaitu dari junta tentera kepada demokratik separa di Myanmar telah ditahan sejak berlakunya rampasan kuasa sedang mengahadapi pertuduhan namun peguamnya mengatakan tuduhan yang dibuat adalah untuk memperlekehkannya.

Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan sekatan pada hari Isnin terhadap individu yang terlibat dalam rampasan kuasa dan menyasarkan 11 orang individu termasuk Jeneral Min Aung Hlaing, panglima-panglima tentera serta ketua junta.

Sumber: The Guardian

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA, POLITIK, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *