Kanak-Kanak Ditemui Mati Secara Tragis Dalam Mesin Basuh.

| February 23, 2021 | 0 Comments

Kanak-Kanak Ditemui Mati Secara Tragis Dalam Mesin Basuh. | Seorang kanak-kanak telah ditemui mati secara tragis di dalam sebuah mesin basuh yang sedang bergerak di New Zealand.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa berita tragis itu berlaku di Christchurch pada Jumaat minggu lalu.

Seorang jurucakap polis menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut telah dijumpai di dalam sebuah mesin basuh.

“Seorang individu telah tercedera dan dibawa ke hospital sebelum meninggal dunia,” kata jurucakap itu.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu”.

Ketua Lembaga Komuniti Waihoro / Spreydon-Cashmere Karolyn Potter menyatakan bahawa tragedi ini telah mengejutkan komuniti kawasannya.

“Ini adalah kejadian tragis yang tidak dapat diungkapkan,” katanya.

Portal Stuff melaporkan bahawa pihak polis tidak mengklasifikasikan kematian kanak-kanak itu sebagai mencurigakan.

Jenis kematian tragis sebegini pernah dilaporkan terjadi sebelum ini di Orlando pada tahun 2019.

Seorang kanak-kanak telah masuk ke dalam mesin basuh yang sedang berjalan pada Ogos sebelum meninggal dunia.

Cory Burkath dari Jabatan Polis Orlando pada masa itu berkata: “Pada suatu ketika dalam kejadian itu, pintunya telah tertutup. Sama ada dia menariknya sendiri, atau pun saudaranya yang telah menutupnya”.

Sumber : Siakpkeli

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *