Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Tertelan Bateri Alat Kawalan Jauh | Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari United Kongdom dilaporkan telah meninggal dunia kerana tertelan bateri alat kawalan jauh.

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Tertelan Bateri Alat Kawalan Jauh

Berita mengenai kejadian malang yang menimpa kanak-kanak itu telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebagai peringatan kepada ibu bapa agar lebih berhati-hati mengenai insiden berkenaan.

Mangsa, Harper-Lee Farn tertelan bateri bersaiz wang syiling itu di bilik tidur di rumahnya di Staffordshire, bulan lalu.

Menurut ibunya, Stacey Nickin, kanak-kanak itu suka memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. Kenyataan itu dihantar ke mahkamah bagi menentukan punca kematian kanak-kanak berkenaan.

Tambahnya lagi, kejadian itu berlaku ketika dia berada di tempat kerja. Dia hanya tahu mengenainya selepas menerima panggilan daripada salah seorang anak perempuannya yang memaklumkan bahawa Harper-Lee muntah darah.

Sebaik menerima panggilan itu, dia bergegas pulang ke rumah dan mendapati terdapat ambulans di rumahnya. Harper-Lee dibawa untuk menjalani pembedahan namun dia meninggal dunia ketika menjalani satu prosedur.

Dr Anna Piggot iaitu pegawai perubatan yang merawat Harper-Lee mengesahkan mangsa tertelan bateri kecil.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply