Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda | Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut apabila dirempuh oleh sebuah pacuan empat roda di pekan Dongongon. Mangsa dikatakan makan bersama dengan ibunya pada jam 1.50 petang di sebuah kedai makan.

Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda

Tanpa disedari oleh ibu mangsa, mangsa telah meluru keluar dari kedai untuk melintasi jalan sebelum dilanggar oleh sebuah pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki yang berusia 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pemandu kenderaan yang menyedari seperti terlanggar sesuatu memberhentikan kenderaan.

Sebaik sahaja pemandu kereta itu turun dari kenderaannya, dia mendapati seorang kanak-kanak perempuan telah terbaring di atas jalan raya. Dia terus bergegas membawa mangsa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH 1) untuk mendapatkan rawatan segera.

Hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 4.10 petang ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan QEH 1. Pemandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Haris menasihati orang ramai supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak semasa berada di tempat awam. Katanya, ia kerana risiko kemalangan boleh berlaku bila-bila masa.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply