Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki bersama ibu serta tiga adik beradiknya terbabit dalam kemalangan di Kampung Padang Durian, di sini semalam.

KERETA yang terbabit dalam kemalangan maut di Kampung Padang Durian. FOTO Ihsan PDRM.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Fakrusy Syakirin Muhamad Muhayidin.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian berlaku jam 4.30 petang membabitkan dua buah kereta iaitu sebuah kereta Proton Waja dan sebuah Proton Persona.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kereta Proton Waja yang dinaiki mangsa yang dipandu ibunya yang berusia 38 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Baling ke Kampung Belat, di sini.

“Sebaik tiba di Kampung Padang Durian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona.

“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak lelaki terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pendang.

“Manakala ibu serta tiga beradiknya yang berusia antara tiga, enam dan 12 tahun dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Arriz Sham berkata, setakat ini ibu mangsa serta seorang daripada anaknya sedang dirawat di Zon Merah HSB manakala dua lagi anaknya mengalami cedera ringan.

Beliau berkata, dua mangsa lagi yang berada dalam kereta Proton Persona itu dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

“Mayat kanak-kanak lelaki terbabit dihantar ke Jabatan Forensik HSB di Alor Setar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber : HM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

 

Kanak-Kanak 8 Tahun M4ut, Lemas Di Taman Tema Air

Seorang kanak-kanak perempuan lemas ketika bermandi-manda di taman tema air di sebuah resort, di sini pada hari Selasa.

“Mangsa datang ke taman tema air itu bersama ibunya yang mengikuti rombongan komuniti terdiri daripada 79 buah keluarga dari Kampung Sungai Tuan Seh, Tanjung Sedili, Johor.

“Ketika melakukan aktiviti, mangsa dikatakan lemas dan petugas taman tema telah melakukan bantuan menyelamat, namun kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, kolam tersebut merupakan kolam renang berombak dan akan bergelombang selama 10 minit bagi setiap 20 minit.

Arshad berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan punca kematian adalah disebabkan lemas.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 

Sumber : KMN

 

Share.

Leave A Reply