Kanak-kanak Lelaki Hilang Dikhuatiri Lemas | Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikhuatiri lemas selepas dia dikatakan hilang dalam kejadian di Kampung Sungai Zon Kumareling, di sini, baru-baru ini.

Kanak-kanak Lelaki Hilang Dikhuatiri Lemas

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Mohammad Syaril dipercayai lemas selepas ibunya menemui selipar mangsa di tepi sungai di belakang rumah mereka.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda JBPM dikerah ke lokasi kejadian.

Pasukan Bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Kata Mohammad Syaril berkata dalam satu kenyataan, menerusi maklumat awal, mangsa dipercayai hilang di sungai berdasarkan kepada penemuan selipar mangsa di tepi sungai.

Menurutnya, maklumat berhubung keadaan operasi mencari kanak-kanak terbabit dikemaskini dari semasa ke semasa.

Difahamkan, setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi SAR masih dijalankan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply