Kanak-Kanak Lelaki Maut Kereta Dipandu Bapa Rempuh Penghadang

| April 10, 2021 | 0 Comments

Kanak-Kanak Lelaki Maut Kereta Dipandu Bapa Rempuh Penghadang | Siapa sangka niat baik sebuah keluarga yang ingin melawat ahli keluarga yang sedang sakit bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki merempuh penghadang lebuh raya. Hal yang membuat keadaan bertambah sedih apabila anak lelaki mereka turut terkorban.

Kepala Batas: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terbabit kemalangan bersama ahli keluarganya di kilometer (KM) 124, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat sini, malam tadi.

Dalam nahas pada jam 7.40 malam, mangsa Muhammad Iman Naufal Mohd Firdaus,3, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kcederaan teruk di kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa bersama ibu bapanya yang berusia 33 tahun dan dua orang kakaknya yang masing-masing berusia lima dan tujuh tahun sedang dalam perjalanan ke Perlis untuk melawat ahli keluarga terdekat yang sakit.

Katanya, keluarga itu menaiki kereta pelbagai guna (MPV) Nissan Livina dari arah Seberang Jaya ke Perlis.

“Setibanya di lokasi kejadian, tayar sebelah kiri yang dinaiki mereka dikatakan pecah sehingga menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu melanggar bahagian tengah besi penghadang lebuh raya.

“Akibatnya, pemandu dan isterinya yang berada di tempat duduk hadapan mengalami cedera ringan, manakala seorang daripada tiga anak mereka yang berada di tempat duduk belakang iaitu Muhammad Iman maut akibat parah pada kepala,”katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKP) dekat sini, untuk dibedah siasat.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *