Kanak-kanak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 9, Sempat Luah Tak Sabar Nak Mati Sebab Mahu Ke Syurga | Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat sembilan di sebuah hotel di Pulau Pinang bagaimanapun sempat meluahkan hasrat untuk ke syurga, baru-baru ini, menurut laporan Sinar Harian.

Kanak-kanak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 9, Sempat Luah Tak Sabar Nak Mati Sebab Mahu Ke Syurga

Menurut ibu mangsa, Siti Norra Salleh, 44, arwah Nur Airis Hafeera, 6, pernah menyatakan hasrat  mahu ke syurga beberapa hari sebelum kejadian tragis itu namun beranggapan dia hanya beranggapan ia sekadar perbualan biasa.

Jelasnya, arwah pernah menyatakan hasrat tersebut kepadanya dengan memberitahu bahawa tak sabar nak mati sebab nak ke syurga, dan dia tidak menyangka bahawa apa yang diluahkan itu menjadi kenyataan.

Mangsa yang merupakan anak bomgsu itu juga dikatakan seorang yang penyayang kerana sayangkan kucing peliharaannya selain manja dengan ahli keluarga yang lain.

Sebelum ini, ibu mangsa turut memberitahu bahawa mereka terlihat gambar yang diedit arwah dengan menambah emotikon sedih berkemungkinan menunjukkan rasa sedih memandangkan dia baharu kehilangan nenek, Fatimah Man, 81, yang sangat rapat dengannya, meninggal dunia akibat strok Jumaat lalu.

Manakala suami kepada Siti Norra, Faizal Husain, 44, berkata, kejadian itu berlaku sangat pantas tanpa sempat berbuat apa-apa.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku, selepas menyedari kehilangan Nur Airis ketika berada di lif hotel, semua ahli keluarganya panik dan mula mencari Nur Airis Hafeera di kawasan tersebut.

Namun, dalam keadaan sibuk mencari, kami dikejutkan dengan keadaan Nur Airis Hafeera yang sudah tidak sedarkan diri dikatakan akibat terjatuh.

Faizal menceritakan bahawa ketika kejadian, mereka sekeluarga bermalam di hotel berkenaan sementara membuat persiapan mahu mendaftar anak sulung, Mohammad Nabil Najmi, 22, yang akan mendaftar ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Balik Pulau.

Beliau bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Jenazah Nur Airis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Taman Kelisa Ria, Sungai Petani kira-kira jam 11 pagi.

Sebelumnya, sinar harian melaporkan bahawa seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat sembilan di sebuah hotel tempat keluarga tersebut menginap.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku sekitar jam 11.30 pagi Isnin itu selepas kanak-kanak tersebut meluru masuk ke dalam lif ketika pintu terbuka tanpa sempat disertai ahli keluarganya apabila pintu tertutup dengan pantas.

Ahli keluarga mangsa kemudiannya dikatakan cuba mencari kanak-kanak itu sebelum mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai hotel dan dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh.

Sumber: Sinar Harian

 

Share.

Leave A Reply