Kanak-Kanak Temui Cebisan Kepala Di Pesisir Pantai.

| January 20, 2021 | 0 Comments

Kanak-Kanak Temui Cebisan Kepala Di Pesisir Pantai. | Jakarta: Cebisan kepala bersama rambut dijumpai sekumpulan kanak-kanak ketika bermain bola sepak pada Selasa di pesisir pantai Kis, dipercayai milik mangsa yang terkorban dari pesawat Sriwijaya Air SJ 182.

Pesawat Sriwijaya

Kompas.com melaporkan, Ketua Polis Pakuhaji AKP Dodi Abdul Rohim berkata, pihaknya percaya bahagian kepala itu adalah sebahagian daripada mangsa pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di sekitar Pulau Lancang, Kepulauan Seribu.

“Ini kerana sudah seminggu kejadian itu berlaku. Kami yakin bahawa bahagian badan akan dibawa ke pesisir pantai, kami akan terus melakukan pencarian di kawasan itu pada Khamis (hari ini).

“Jarak antara Pulau Lancang dan Pantai Kis kurang dari 5 batu (8 km). Maka, kemungkinan cebisan badan mangsa yang terkorban boleh hanyut di sini,” katanya.

Sebelumnya ini, penduduk di kawasan Pantai Kis, kampung Sukawali, daerah Tangerang, Banten, terkejut dengan penemuan bahagian tubuh manusia.

Kepala itu dijumpai oleh sekumpulan kanak-kanak ketika bermain bola sepak pada hari Selasa petang yang kemudian, membuat laporan polis berhubung penemuan itu.

Setakat ini, seramai 40 penumpang yang terkorban sudah dikenal pasti.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *