Kanak-Kanak Tengah ‘Lalok’ Hisap Ganja Ditempat Umum | Aksi sekumpulan kanak-kanak Thailand yang dipercayai menghisap ganja di sebuah pantai di Thailand mencetuskan kebimbangan ramai.

KANAK-KANAK menghisap ganja. FOTO Agensi

Gambar kanak-kanak berusia lingkungan sembilan dan 10 tahun itu tular dan dipercayai dirakam di Pantai Pattaya, wilayah Chon Buri, timur Thailand.

Lelaki yang menyiarkan gambar itu, Krittiwat Matrong, 35, berkata, dia terserempak dengan kanak-kanak itu ketika dalam perjalanan menonton pertunjukan bunga api di Pattaya.

Katanya, ketika menaiki bot beliau ternampak kanak-kanak sedang duduk di pantai sambil menghisap ganja menggunakan buluh.

Krittiwat menyata bahawa pada mulanya, saya menyangka kanak-kanak itu hanya bermain, tetapi apabila beliau mendekati mereka, baru beliau tahu kanak-kanak itu sedang menghisap ganja.

Krittiwat kata dalam portal Thethaiger bahawa apabila beliau bertanya di mana ibu bapa mereka, mereka memberitahu tidak mempunyai ibu bapa.

Krittiwat berkata, apabila beliau mula memberi amaran supaya jangan hisap ganja kerana masih di bawah umur, seorang kanak-kanak menjawab secara agresif bahawa beliau tidak takut dengan amaran itu kerana “bapanya seorang tentera”.

Untuk rekod, Thailand menyah senarai ganja sebagai narkotik terlarang pada Jun untuk membolehkan orang ramai menggunakan khasiat perubatan tumbuhan itu.

Namun, tanpa banyak perancangan awal, sedikit atau tiada undang-undang untuk mengawal penggunaan ganja atau untuk melindungi kanak-kanak kecil daripada menggunakan ganja dilaksanakan.

Satu peraturan yang jelas ialah ganja tidak boleh dijual atau digunakan oleh sesiapa yang berumur di bawah 20 tahun.

Bagaimanapun, apabila ganja begitu mudah diakses sehingga boleh dibeli daripada van dan peniaga jalanan, tidak hairanlah kumpulan kanak-kanak sekolah rendah dalam gambar itu mudah mendapatkannya.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Thailand Guna GANJA Dalam Makanan Ayam. Ini HASILNYA…

Penternak ayam di Lampang, Thailand menggunakan ganja sebagai makanan untuk ayam bagi meningkatkan kualiti telur dan daging haiwan tersebut.

Thailand Guna GANJA Dalam Makanan Ayam. Ini HASILNYA...

Menurut CNN Indonesia, para penternak percaya bahawa penggunaan ganja dapat meningkatkan kualiti telur dan daging hasil ternakan tersebut.

Presiden komuniti penternakan Peth Lanna, Sirin Chaemthet menyatakan ramai penternak memilih untuk menggunakan marijuana (ganja).

Hal ini berlaku selepas ayam mereka didapati dijangkiti penyakit bronkitis burung meskipun telah diberi antibiotik.

Chaemthet menyatakan bagi mengatasi penyakit tersebut, ayam mereka telah diberikan ganja.

Hasilnya, ayam tersebut memiliki daya ketahanan yang lebih tinggi untuk melawan penyakit itu.

Selain itu, ayam tersebut dilaporkan mampu untuk bertahan dalam menghadapi cuaca buruk.

Ekoran itu, para penternak memutuskan untuk tidak lagi menggunakan antibiotik dan menggantikan ganja untuk ternakan mereka.

Menurut Chaemtat, sebuah eksperimen mengenai pemberian ganja sebagai sumber makanan telah dijalankan oleh Fakulti Agrikultur dari Universiti Chiang Mai.

Chaemthat juga menyatakan perusahaannya kini menjual ayam dan telur dengan harga 100 baht (RM12.68) per kilo dan 6 baht (RM0.76) sebiji.

Selain itu, Chaemthat turut berkongsi maklum balas positif yang diterima daripada peniaga nasi ayam daripada hasil ternakannya itu.

Perusahaannya juga bercadang untuk menjual ayam bakar pada masa akan datang.

Ayam ternakannya memenuhi keinginan para pengguna kerana menggunakan makanan yang sihat dan secara organik.

Bukan hanya itu, presiden Dewan Peternakan Nasional Prapat Panyachatrak turut menilai dan menjadikan ganja sebagai dedak ayam.

Hal ini kerana ia berkemampuan untuk kelangsungan makanan para pengguna.

Thailand disebut sebagai negara pertama di Asia yang mengizinkan tanaman ganja di rumah.

Meskipun begitu, terdapat sejumlah batasan dan larangan yang masih harus dipatuhi setiap pihak yang memanfaatkan tanaman mengkhayalkan ini.

Legalisasi ganja ini dilaporkan dilaksanakan demi mewujudkan sistem kesihatan yang baik dalam diri setiap masyarakat.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply