Kanak-Kanak Tercampak Dari Jambatan Berjaya Diselamatkan Pejalan Kaki Di Teluk Maryland

| May 3, 2021 | 0 Comments

Kanak-Kanak Tercampak Dari Jambatan Berjaya Diselamatkan Pejalan Kaki Di Teluk Maryland | Berlaku satu kemalangan melibatkan empat buah kereta yang bertembung di jambatan tersebut sebelum salah satunya dikatakan telah tercampak dan dilaporkan tergantung di jambatan berdekatan Teluk Maryland, di sini, baru-baru ini.

Kanak-Kanak Tercampak Dari Jambatan Berjaya Diselamatkan Pejalan Kaki Di Teluk Maryland

Kemalangan tersebut telah menyebabkan seorang kanak-kanak dipercayai turut tercampak dari sebuah kereta di jambatan Route 90, Ocean City lalu jatuh ke dalam teluk sebelum dipercayai diselamatkan oleh seorang pejalan kaki yang terjun dari jambatan Teluk Maryland bagi menyelamatkan kanak-kanak malang terbabit, menurut seorang bomba dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihak bomba telah bergegas ke lokasi kejadian dengan beberapa bantuan yang lain sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan terbabit. Selepas dilaporkan seorang kanak-kanak telah tercampak ke dalam teluk, pasukan keselamatan turut membawa sebuah helikopter bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Setelah kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan, dia telah dibawa ke  Pusat Kesihatan Kanak-kanak John Hopkins di Baltimore menggunakan helikopter bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Tiada kematian telah dilaporkan namun terdapat sekurang-kurangnya lapan orang dikatakan cedera akibat kemalangan tersebut. Keadaan mangsa lain tidak dapat dikenal pasti serta punca kemalangan juga dikatakan masih dalam siasatan pihak polis.

Identiti mangsa-mangsa kemalangan melibatkan nama serta umur juga belum dikenalpasti pihak polis.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *