Seorang wanita berusia 26 tahun maut setelah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Sungai Besi, susur masuk ke Taman Desa di sini pagi tadi.

Menurut laporan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.04 pagi.

Komander Operasi, Penolong Bomba Kanan (PBK) II KUP Shahrul Rizal Ramli berkata, pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dengan kekuatan seramai lapan anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Terdapat satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil nombor pendaftaran WNK2045, setibanya di lokasi kejadian.

“Seorang wanita berusia 26 tahun terkorban dalam kemalangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa kemalangan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Operasi seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Rata-rata netizen di Facebook mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply