Keadaan Terkini Mangsa Keracunan Karbon Monoksida.

| September 22, 2020 | 0 Comments

Keadaan Terkini Mangsa Keracunan Karbon Monoksida.  | Kuala Lumpur: Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, yang terbabit dalam insiden keracunan karbon monoksida dan menyebabkan tiga maut Rabu lalu, masih tidak sedarkan diri.

maut

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, bagaimanapun mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Nor Aqilah masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di Wangsa Maju untuk rawatan lanjut.

“Doktor masih merawat dan memantau keadaan semasa Nor Aqilah. Berdasarkan laporan terkini, dia masih belum sedarkan diri, namun berada dalam keadaan stabil.

“Kita doakan yang terbaik supaya Nor Aqilah cepat sembuh,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Nor Aqilah terbabit dalam insiden itu selepas dua rakannya dan kembarnya tertidur ketika berhenti di tempat letak kenderaan di sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Seberang Jaya, Pulau Pinang, Rabu lalu.

Mengulas mengenai kenderaan dinaiki mangsa dalam kejadian itu, Shafee berkata, pihaknya juga akan merujuk kenderaan berkenaan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk siasatan lanjut.

“Sebelum ini, kami sudah melakukan pemeriksaan melalui juruteknik syarikat pengeluar kenderaan berkenaan yang mengesahkan bahawa berlaku kebocoran di bahagian ekzos.

“Selain itu, kami juga akan menghantar kenderaan itu kepada pihak JKR untuk siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan empat sahabat ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan dinaiki mereka akibat keracunan karbon monoksida pada 16 September lalu.

Dalam kejadian itu, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Ayuni Shazwanie Shabri, 21, meninggal dunia ketika diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Kembar Nor Aqilah, Nor Adilah pula meninggal dunia ketika dirawat di ICU Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak, pada 4.23 petang sehari selepas kejadian.

Nor Aqilah yang terselamat dilaporkan kritikal akibat keracunan karbon monoksida dalam kejadian itu.

 

Sumber : Metro

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *