Kedah Dijangka Mampu Beralih Ke Fasa Kedua PPN

| July 5, 2021 | 0 Comments

Kedah Dijangka Mampu Beralih Ke Fasa Kedua PPN | Apabila beberapa usaha untuk memenuhi nilai ambang sedang dilakukan kerajaan negeri, Kedah dijangka mamp)u beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi.

Kedah Dijangka Mampu Beralih Ke Fasa Kedua PPN

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata antara usaha terbabit adalah mempertingkatkan program pemberian vaksin kepada rakyat mengikut bekalan yang diterima.

selain itu Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) turut akan digerakkan bagi memberi vaksin kepada golongan pekerja industri di Sungai Petani, Kulim dan Alor Setar. Kemungkinan Kedah akan masuk ke fasa kedua PPN selepas Sabah. Ini kerana Kedah telah mencapai jumlah vaksinasi lengkap lebih sembilan peratus.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga sedang dilaksana membabitkan kluster industri terutama di Sungai Petani yang pastinya dapat mengawal penularan COVID-19 dan memutuskan rantaian virus di kawasan berkenaan.

Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis beralih ke fasa kedua PPN berkuatkuasa semalam sepertimana yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini. Perubahan fasa itu berlaku apabila kelima-lima negeri itu berjaya memenuhi kesemua nilai ambang.

Lima negeri berkenaan berjaya mencatat liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus dalam kalangan penduduknya.

Dr Mohd Hayati berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) turut akan memastikan pesakit COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri ini berkurangan ke paras sederhana bagi mencapai nilai ambang ditetapkan kerajaan.

Tags: , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *