Kedua-Dua M4yat Remaja 15 Tahun Dijumpai Lemas Di Sungai Rajang | SIBU – Dua remaja lelaki yang hilang dipercayai dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Rajang berhampiran Jeti Pekan Durin di sini pada Jumaat lalu ditemukan mati lemas pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat kedua-dua mangsa berusia 15 tahun itu dijumpai dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga melibatkan pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.

Katanya operasi SAR hari ini bermula pada pukul 7 pagi menggunakan kaedah pencarian di permukaan air, dengan radius pencarian diperluas pada jarak enam kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa pertama dijumpai pada pukul 7.35 pagi manakala mangsa kedua dijumpai pada pukul 8.15 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya pengecaman dan pengesahan kedua-dua mangsa juga telah dilakukan oleh ibu bapa mangsa dengan disaksikan oleh pegawai polis.

Kedua-dua mangsa dilaporkan hilang pada Jumaat lalu, dipercayai dibawa arus deras ketika mandi bersama seorang lagi rakan mereka di Sungai Rajang kira-kira pukul 5 petang.

Kedua-duanya dikatakan terus tenggelam kira-kira 10 meter dari Jeti Pekan Durin manakala seorang lagi rakan mereka selamat.

Susulan itu, operasi SAR segera digerakkan di sungai yang dianggarkan sedalam 20 kaki itu, dengan pasukan SAR semalam membuat kocakan pada lokasi kejadian menggunakan sebuah bot penyelamat bomba sebagai satu langkah alternatif untuk mengeluarkan mangsa sekiranya mangsa masih berada di dasar sungai.

Seterusnya pasukan SAR membuat pencarian dalam radius kira-kira 500 meter lokasi kejadian dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba memulakan selaman di lokasi mangsa lemas namun masih gagal menjumpai mangsa.

Sumber: Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

Warga Emas Hilang Ketika Berbasikal Ditemui M4ti Lemas | KULAI – Tanda tanya kehilangan seorang warga emas lelaki yang hilang ketika berbasikal di laluan hutan Taman Gemilang, di sini kelmarin terjawab setelah mayatnya ditemui di sebuah tasik berhampiran hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, mayat Liew You Foo, 63, ditemui pada pukul 11.55 pagi dalam keadaan terapung di permukaan Tasik Biru, Bukit Gemilang.

“Mangsa kemungkinan terjatuh ke dalam tasik biru berkenaan hasil daripada penemuan sepasang kasut berwarna merah di permukaan tasik pada pukul 11.20 pagi.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isnin lalu, anak mangsa membuat laporan polis memaklumkan bapanya yang keluar rumah tidak pulang selepas pukul 2 petang sebelum pihak polis dan bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari mangsa.

Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penolong Penguasa Bomba Fairuz Helmi Mohd. Ali berkata, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan bot aluminium.

Katanya, seramai 19 anggota dari BBP Kulai dan BBP Skudai dibantu satu jentera, dua utiliti, satu kenderaan dan sebuah bot aluminium terlibat dalam SAR berkenaan.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply