Kegembiraan empat lelaki mandi-manda di Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.26 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, kejadian membabitkan seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai lemas ketika mandi bersama tiga rakannya.

“Bomba kemudian melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa menerusi kaedah ‘surface water rescue’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hafisham berkata, mayat lelaki itu kemudian ditemui jam 4.04 petang tadi

“Bagaimanapun, mangsa dikenali sebagai Muhammad Solihin Khairul Hisham disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : BH

 

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Kedua-Dua M4yat Remaja 15 Tahun Dijumpai Lemas Di Sungai Rajang

SIBU – Dua remaja lelaki yang hilang dipercayai dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Rajang berhampiran Jeti Pekan Durin di sini pada Jumaat lalu ditemukan mati lemas pagi Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat kedua-dua mangsa berusia 15 tahun itu dijumpai dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga melibatkan pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.

Katanya operasi SAR hari ini bermula pada pukul 7 pagi menggunakan kaedah pencarian di permukaan air, dengan radius pencarian diperluas pada jarak enam kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa pertama dijumpai pada pukul 7.35 pagi manakala mangsa kedua dijumpai pada pukul 8.15 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya pengecaman dan pengesahan kedua-dua mangsa juga telah dilakukan oleh ibu bapa mangsa dengan disaksikan oleh pegawai polis.

Kedua-dua mangsa dilaporkan hilang pada Jumaat lalu, dipercayai dibawa arus deras ketika mandi bersama seorang lagi rakan mereka di Sungai Rajang kira-kira pukul 5 petang.

Kedua-duanya dikatakan terus tenggelam kira-kira 10 meter dari Jeti Pekan Durin manakala seorang lagi rakan mereka selamat.

Susulan itu, operasi SAR segera digerakkan di sungai yang dianggarkan sedalam 20 kaki itu, dengan pasukan SAR semalam membuat kocakan pada lokasi kejadian menggunakan sebuah bot penyelamat bomba sebagai satu langkah alternatif untuk mengeluarkan mangsa sekiranya mangsa masih berada di dasar sungai.

Seterusnya pasukan SAR membuat pencarian dalam radius kira-kira 500 meter lokasi kejadian dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba memulakan selaman di lokasi mangsa lemas namun masih gagal menjumpai mangsa.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply