Kegembiraan Sambut Hari Jadi Suami Berakhir Sedih Apabila Rumah Terbakar

| January 13, 2022 | 0 Comments

Kegembiraan Sambut Hari Jadi Suami Berakhir Sedih Apabila Rumah Terbakar | Sambutan hari lahir yang ke-40 seorang tukang rumah disulami kesedihan apabila rumah dan pelbagai alat pertukangan hangus dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Nara di sini semalam.

Kejadian pada pukul 1.59 petang itu bermula pada bahagian dapur dan stor belakang rumah sebelum disedari jiran kepada Khairul Hakimi Mat Din yang terus menghubungi talian kecemasan.

Menurut Khairul Hakimi berkata, ketika kejadian dia sedang membaiki paip di rumah penduduk di Kampung Padang Pak Amat yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumahnya.

Menurutnya, apabila mengetahui kejadian itu, dia terus pulang ke rumah sebelum melihat dapur, stor dan bumbung rumahnya sudah hangus dijilat api.

“Selain itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi, sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo dan lima buah basikal anak-anak turut hangus. Paling saya sayang adalah alat pertukangan termasuk dua gergaji rantai bernilai lebih RM6,000 yang digunakan untuk mencari rezeki.

“Kebakaran itu menyebabkan saya mengalami kerugian yang dianggarkan lebih RM100,000. Saya tetap bersyukur apabila isteri, Nurul Almira Abdullah, 34, bersama anak-anak berada di kedai makan yang berdekatan semasa kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Khairul Hakimi, dia reda dengan kejadian tersebut dan menyifatkan kebakaran itu merupakan tragedi terburuk yang dialaminya semasa sambutan hari jadi.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *