Kehadiran Jemaah Menteri Ke Kediaman PM Jadi Tumpuan

| July 29, 2021 | 0 Comments

Kehadiran Jemaah Menteri Ke Kediaman PM Jadi Tumpuan | Ramai ternanti-nanti apa yang bakal berlaku susulan kediaman Perdana Menteri menjadi tumpuan umum berikutan kehadiran beberapa kenderaan rasmi memasuki kewasan kediaman tersebut. Baca selanjutnya..

DIPERCAYAI JEMAAH MENTERI

Petaling Jaya – Sebuah kenderaan rasmi dipercayai Jemaah Menteri dilihat memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini hari ini.

Kereta jenis Toyota Vellfire itu dilihat melepasi pondok pengawal sebelum menuju ke arah kediaman Perdana Menteri sekitar pukul 1.15 tengah hari tadi.

Dipercayai kenderaan beberapa menteri Kabinet dan Peguam Negara memasuki ke kediaman Muhyiddin.

Dilaporkan, terdapat beberapa buah kenderaan rasmi lain turut memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri sejak pukul 12 tengah hari.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *