KEJAM. Anak Bunuh Ibu Sebagai ‘Korban’ Demi Petunjuk Harta Karun

| February 15, 2021 | 0 Comments

KEJAM. Anak Bunuh Ibu Sebagai ‘Korban’ Demi Petunjuk Harta Karun | Percaya serta mahu kaya sekelip mata, seorang anak gelap mata bunuh ibu kandung sendiri demi petunjuk harta karun dari bomoh. Namun selepas korban dilakukan, ini pengakhiranya. Baca selanjutnya

Jawa – Seorang lelaki ditangkap selepas dipercayai membunuh ibu kandungnya demi harta karun.

harta karun

Menerusi laporan Tribunnews pada Isnin, Arifudin Hamdy, 35, ditangkap selepas dua hari penemuan mayat wanita bernama Mistrin, 56.

Ketua Polisi Malang, AKBP Hendri Umar berkata, Hamfy membunuh ibu dengan niat di Mukim Sumberpucung daerah Malang.

Sebelum pembunuhan berlaku, mangsa dan anaknya telah bertemu dengan seorang bomoh di daerah Blitar, Jawa Timur.

Hasil pertemuan mereka, bomoh tersebut mendapat petunjuk terdapat harta karun di sebuah bangunan lama.

Menurut Hendri, suspek merancang untuk menjadikan ibunya sebagai ‘korban’ bagi mendapatkan harta berkenaan.

“Suspek mendengar bisikan ghaib meminta dia membunuh ibu dengan harapan selepas mengorbankan wanita itu, dia peroleh harta karun.

“Tetapi selepas dua hari kembali ke kawasan itu, dia menemukan ibunya mati dalam timbunan tanah manakala harta karun itu tidak dijumpai,” katanya.

Kata Hendri, suspek bakal didakwa atas kesalahan menganiaya hingga membawa kepada kematian dan dipenjara 15 tahun.

Sumber : Sinar Harian

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *