KEJAM. Bayi Berusia 18 Bulan Jadi Mangsa R0g0l.

| September 23, 2020 | 0 Comments

KEJAM. Bayi Berusia 18 Bulan Jadi Mangsa R0g0l. | Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan didakwa telah dirogol di rumahnya oleh saudaranya sendiri yang kemudiannya ditangkap, sekitar 110 kilometer daripada tempat kejadian yang terletak di Madhya Pradesh, pada hari Sabtu, lapor Gulf News.

Bayi comel

Ibu kepada bayi berkenaan terus melaporkan kepada pihak polis sejurus selepas kejadian itu berlaku. Berikutan daripada itu, suspek yang berusia 19 tahun itu telah ditahan di bawah akta Kanun Keseksaan India dan Perlindungan Kanak-kanak dari Kesalahan Seksual (POCSO) 2012.

Akta ini ditubuhkan untuk melindungi kanak-kanak daripada kesalahan seperti penderaan seksual, gangguan seksual serta pornografi.

Menurut laporan media India, Superintendan Polis Shiv Kumar Singh berkata: “Insiden itu terjadi pada waktu malam ketika ibu bayi berkenaan keluar untuk membeli sayur-sayuran, manakala bapanya pula belum pulang dari tempat kerja.

“Ketika wanita itu pulang, dia mendapati bahawa bayinya itu berada dalam keadaan tertekan dan terus bergegas membawanya ke hospital. Dilaporkan, bayi itu berada dalam keadaan stabil.”

Polis menyatakan bahawa tertuduh telah ditahan di sebuah kampung di Katangi Jabalpur, Madhya Pradesh.

Dalam kejadian lain, seorang lelaki dilaporkan telah ditahan pada Jumaat lalu di daerah Jabalpur Madhya Pradesh kerana didakwa membunuh anak perempuannya yang berusia 22 bulan hanya kerana kesihatannya tidak beransur pulih sejak sekian lama, kata seorang pegawai kanan.

Superitendan Polis telah mengenal pasti suspek yang berusia 39 tahun itu yang pada sebelumnya pernah ditangkap kerana terlibat dengan kes rogol.

“Siasatan polis mendapati bahawa suspek merupakan tertuduh yang pernah dikaitkan dengan kes rogol sebelum ini di balai polis Bhedaghat. Dia juga pernah mengugut isterinya yang sedang hamil agar tidak mendedahkan tentang bagaimana anaknya itu meninggal dunia. Dia telah ditahan atas dakwaan penculikan, pembunuhan dan menyebabkan kehilangan barang bukti,” kata pegawai tersebut.

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *