Kejam! Bekas Banduan Sanggup Belasah Ibu Gara-Gara Motosikal Ditarik

| August 25, 2021 | 0 Comments

Kejam! Bekas Banduan Sanggup Belasah Ibu Gara-Gara Motosikal Ditarik | Seorang lelaki dipercayai telah bertindak di luar kawalan selepas dia dikatakan telah membelasah ibu kandungnya gara-gara motosikalnya telah ditarik pihak kedai dalam satu kejadian yang berlaku di Sibu, baru-baru ini.

Kejam! Bekas Banduan Sanggup Belasah Ibu Gara-Gara Motosikal Ditarik

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 10 pagi selepas suspek yang baru sahaja keluar dari penjara berang terhadap ibunya lalu membelasah sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian kepala sehinga bengkak, dan luka di tangan kiri akibat dibelasah.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat, suspek telah bertindak ganas dengan menggunakan kerusi plastik sebagai objek untuk membelasah ibunya.

Tambahnya lagi, suspek bertindak sedemikian kerana tidak dapat menahan marah kerana motosikalnya ditarik oleh pihak kedai kerana perjanjian sewa beli tidak dipatuhi.

Suspek dilaporkan mempunyai rekod jenayahnlampau dan telah ditangkap polis susulan menerima panggilan daripada ibu suspek pada jam 11.40 pagi tadi.

Suspek dikatakan telah direman polis selama empat hari iaitu sehingga 29 Ogos bagi membantu siasatan lanjut selain sebuah kerusi turut dirampas bagi dijadikan bahan bukti kes kejadian.

Difahamkan, suspek baharu sahaja keluar dari Penjara Sibu setelah menjalani hukuman penjara lima bulan atas kesalahan mengikut Seksyen 324/326a Kanun Keseksaan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan mendatangkan kecederaan kepada mangsa secara sengaja.

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *