KEJAM ! Ibu Dan Kekasih Dera Anak 5 Tahun | Ibu yang sepatutnya menjaga serta menjadi pelindung tergamak mendera anaknya bersama kekasihnya. Kesian anak yang masih kecil ni..

Melaka – Polis menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dan menahan ibu mangsa serta teman lelakinya selepas dipercayai terlibat dalam kes penderaan di sebuah rumah pangsa di Banda Hilir, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, mangsa diselamatkan pasukan polis Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Melaka sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, pemeriksaan awal pasukan polis ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan baru dan mangsa dipercayai dipukul menggunakan tangan dan tali pinggang oleh ibunya dan teman lelaki wanita itu.

“Pihak polis telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian tersebut pada pukul 9.25 malam dan sepasukan D11 telah ke lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, mangsa merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik perempuan berusia 1 tahun, namun bayi tersebut tidak mengalami kecederaan.

Tambahnya, mangsa juga kini telah dimasukkan ke wad kanak-kanak di Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, susulan itu ibu mangsa yang berusia 30 tahun dan teman lelaki 38 tahun telah diberkas di dua lokasi berasingan, di sini, hari ini.

“Suspek lelaki ditahan di pekarangan Balai Polis Bandar Hilir pada pukul 12.15 tengah malam tadi, manakala ibu mangsa ditahan dirumahnya di Banda Hilir kira-kira 30 minit kemudian.

Katanya, suspek wanita mendakwa mangsa merupakan anak hasil hubungan dengan pasangannya sebelum ini, manakala anak keduanya merupakan anaknya bersama teman lelakinya itu.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply